Period Anda Lambat dan Tidak Teratur? Inilah Cara Mengatasinya!

Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh orang perempuan ialah haid tidak teratur. Haid tak lancar boleh beri banyak kesan kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang cuba nak dapatkan anak. Mengenalpasti punca haid tak teratur dan pilihan cara rawatan yang tepat boleh membantu mengatasi masalah haid tak datang daripada terus berpanjangan.

Saya belum pernah alami masalah ni. Cuma ada lah sekali 2 itu pun selepas melahirkan anak. Mungkin sebab hormon masih belum stabil jadi ambil masa nak kembali kepada normal. Tapi saya ada beberapa kawan yang memang mengalami masalah haid tak teratur. Ada yang yang tak datang berbulan-bulan lamanya tapi tak mengandung. Ada juga yang haid terlalu kerap dan selalu berpanjangan sampai selalu kekurangan darah.

Bagi kedua-dua situasi kebetulan pula kawan-kawan saya ni dah berkahwin. Yang seorang ni masih belum ada rezeki nak timang cahayamata sendiri. Yang sorang lagi pula susah sangat nak dapat anak tapi Alhamdulillah nasib lah dah ada anak sorang. Dah beberapa kali keguguran. Tak boleh buat kerja berat-berat sebab cepat penat dan mudah tumpah darah. Muka pun pucat saja. Selalu kena ambil MC.

Punca Haid Tidak Teratur

Punca period tak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang pregnant dalam situasi normal tak akan alami haid hingga habis tempoh pregnancy. Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku. Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh breastfeeding. Ini juga selalunya adalah normal.

Tapi selain daripada 2 sebab di atas, ada banyak punca kenapa masalah haid tak teratur ni berlaku. Ada yang serius dan ada yang tak. Ada yang perlu dirawat dengan rawatan pakar perubatan. Ada juga yang boleh diperbaiki dengan sedikit pertolongan ubat atau nutrien tertentu ataupun hanya dengan mengubah gaya hidup ke arah lebih baik. Sampaikan untuk beberapa tempoh masa, masalah boleh hilang dengan sendirinya.

Tapi apa punca-puncanya yang menyebabkan period tak stabil ni?

1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.

2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.

3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.

4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.

5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.

6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.

7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.

8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.

9. Penggunaan dadah terlarang.

10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).

Kesemua punca yang menyebabkan haid tak stabil ni sememangnya mempengaruhi hormon seseorang wanita. Keadaan hormon yang tunggang-langgang menyebabkan emosi jadi tak stabil. Masa tu mula lah asyik nak marah-marah. Sekejap happy sekejap sedih. Sensitif betul. Diri sendiri pun susah nak kawal perasaan sendiri. Ini memang mengganggu kehidupan harian, produktiviti dan semestinya memberi kesan kepada keluarga terdekat.

Tips Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur

Selalunya kalau ada kawan-kawan yang ada masalah berkaitan haid, saya akan sarankan berjumpa dulu dengan doktor untuk kenal pasti punca sebenar. Bila dah tau baru lah mudah untuk ambil tindakan susulan yang tepat. Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memerlukan rawatan perubatan pakar untuk memperbetulkan keadaan.

Bagi kawan-kawan yang tiada masalah serius, tips di bawah mungkin dapat membantu:

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

5. Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

6. Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) – GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

Kesan Haid Tidak Teratur

Haid tak teratur boleh memberikan kesan yang tak baik kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang mesti akan memberikan kesan kepada kesihatan. Tak mustahil juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Antara akibat daripada period tak stabil ni ialah:

1. Kemandulan – Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

2. Ketidaksuburan dan susah hamil – Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

3. Masalah kesihatan seperti anemia – Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*