Pernah Anak Tertekan Butang “Live” Hampir Nampak Aurat Isteri, Ustaz Don Dedah Amalannya Minta Allah Jaga Aurat Keluarga

Pendakwah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkongsi kisah ketika anaknya tidak sengaja tertekan butang Instagram Live dan hampir nampak aurat isterinya. Ustaz Don bersyukur Allah SWT menutup aib keluarganya dan menjaga keperibadian isterinya ketika itu. Pendakwah itu juga berkongsi kejadian itu membuatkan dia sedar akan amalan doa yang sering diamalkan sekeluarga.

“Ingat tak kisah anak saya tertekan button live instagram kat rumah, dan nyaris nak nampak aurat mak dia Rezeki, Allah pelihara aib kami sekeluarga. Terhindar kami dari perkara yang tidak elok.  Apa petuanya? Saya amalkan Doa Abu Darda ini. Doa ini untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah,” katanya.

Ustaz Don memaklumkan doa ini selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Dan doa yang diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Berikut adalah doa Abu Darda yang diamalkan Ustaz Don iaitu doa untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah;

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*