Perubahan Bentuk Badan Terutamanya Di Bahagian Perut, Netizen Syak Neelofa Sudah Terkena “Buatan Orang”

Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa. Terbaharu, pengikutnya dalam Instagram sekali lagi meneka bahawa Neelofa sedang hamil anak sulung apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi menerusi sebuah video promosi yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Dalam video berdurasi selama hampir empat minit itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, itu seperti membiarkan videonya berbicara apabila menjadi tumpuan mata netizen ‘tajam’ memperhatikan bentuk badannya yang kelihatan agak berisi termasuk pada bahagian perutnya walaupun Neelofa memakai jubah potongan longgar.

Perubahan fizikal itu sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa selebriti kesayangan mereka itu kini sedang berbadan dua. Sekadarbercerita tentang beg, peminat bagaimanapun turut memerhatikan bentuk badan Neelofa yang kelihatan seperti sedang hamil.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya menitipkan ucapan tahniah walaupun tidak pasti sama ada bekas pengacara rancangan MeleTOP itu sedang hamil atau tidak.

“Tahniah Lofa dan Haris. Jaga kandungan baik-baik. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram. Hamil ke Neelofa? Nampak lain bentuk badan walaupun baju itu besar. Nampak sangat (jelas),” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Sebelum ini, Neelofa atau mesra disapa Lofa pernah beberapa kali di duga sedang hamil oleh peminatnya selepas dilihat kerap memegang dan mengusap perutnya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram baru-baru ini. Paling ketara, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu dilihat memegang dan mengusap perutnya berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri.

Selain itu, Neelofa juga pernah disangkakan hamil selepas netizen mendakwa melihat bentuk ‘baby bump’ pada sekeping foto yang dimuat naiknya dalam Instagram.

Sekadar info, Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama pengacara Next To Neelofa itu.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*