Connect with us

Petua Berguna

Petua Membesarkan Payudara Secara Semula Jadi

Published

on

Pertama sekali, ini bukan artikel lucah. Sila ambil positif.

Payudara yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan keayuannya tidak menyerlah. Ianya menyebabkan kesukaran untuk memakai baju atau dress yang seksi. Ada dua cara dalam membesarkan payudara tanpa perlukan pembedahan, iaitu cara senaman fizikal dan juga pemakanan secara semula jadi.

A. CARA SENAMAN FIZIKAL

1. PUSH UP

Ini cara besarkan payudara yang pertama. Untuk melakukan latihan ini posisikan tubuh anda seperti posisi push up yang sering dilakukan oleh orang lain. Jika push up seperti posisi yang dilakukan oleh lelaki terasa berat untuk anda, letakkan lutut anda pada lantai.

Dengan lutut diletakkan pada lantai, semua beban tubuh anda akan bertumpu pada lutut dan posisi ini akan memudahkan anda untuk mengangkat berat tubuh keatas. Bagi anda yang belum biasa melakukan push up, sebaiknya lakukan push up dengan latihan yang ringan terlebih dulu. Lakukan 5-6 kali push up dalam seminggu pertama.

Setelah memasuki minggu kedua sampai selajutnya, tambahkan latihan push up menjadi 7-10 kali dalam seminggu. Jika push up ini dilakukan secara teratur dan terus menerus, otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kekencangan.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda akan berubah lebih besar dari sebelumnya. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.

2. BERENANG

Cara besarkan payudara ini perlukan tenaga dan skil. Senaman yang mampu merangsang pembentukan otot dada dan bahu juga dapat dilakukan dengan berenang. Jika hobi anda adalah berenang, ini adalah hobi yang bagus.

Namun tidak semua gaya berenang memberikan perubahan yang signifikan terhadap ukuran payudara anda. Hanya gaya kupu-kupu yang memberikan pengaruh besar terhadap perubahan ukuran payudara. Bagi perenang yang masih baru, gaya kupu-kupu sangat sukar dilakukan kerana perlukan latihan khusus.

Namun bagi yang sudah profesional, gaya kupu-kupu dapat jadikan alternatif sebagai cara besarkan payudara. Tidak perlu melakukan prosedur pembedahan meletakkan implan yang sangat berbahaya dan menghabiskan belanja yang mahal, ukuran payudara kita boleh berubah menjadi lebih besar hanya dengan senaman.

B. CARA PEMAKANAN DAN LAIN-LAIN:

1. KACANG SOYA

Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.

2. JAUHI ARAK

Tidak relevan untuk Muslim. Bagi non-Muslim, lebih baik elakkan minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.

3. SAYUR

Banyakkan memakan sayur; beberapa jenis sayuran seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.

4. IKAN

Banyakkan memakan ikan laut; ikan laut banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.

5. BERSIHKAN SELALU

Bersihkan payudara secara rutin; Bersihkan payudara secara rutin dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.

6. GUNA MASKER

Cara besarkan payudara yang terakhirkan ialah dengan masker. Gunakan masker payudara; payudara boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan tidak kendur. Beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker payudara diantara adalah:

• Kacang panjang

Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara.

• Yogurt dan telur

Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

• Epal dan susu.

Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan berseri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Published

on

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Bila duduk beramai-ramai dengan mak ayah, adik beradik, ipar duai di bawah satu bumbung, permulaannya memang seronok belaka, namun lama kelamaan jika beberapa perkara diambil ringan, yang ‘mewangi’ mula jadi ‘busuk’. Silap-silap boleh timbul pergaduhan dan persilihan faham dalam keluarga.

Ada perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan, bila tinggal sebumbung ni.

Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini apa yang perlu kita lakukan jika kita duduk ramai-ramai bawah satu bumbung.

1. Barang Dapur (Mentah dan Kering)

Sama-sama kena beli, kena tambahkan apa yang kurang dalam rumah tu…tak boleh setiap bulan, hanya 1 keluarga sahaja yang keluarkan duit belanja untuk barang-barang tersebut dan yang lain-lain hanya guna apa yang ada dalam peti ais, di dapur dan bawah tudung tu. Jangan bagi alasan anda bergaji rendah untuk ditanggung orang lain…kalau dah berkeluarga dan hidup ramai-ramai bawah 1 bumbung, semua tetap kena keluarkan bahagian masing-masing.

2. Pakaian Kotor

Ambik bakul, letak dalam bilik masing-masing. Baju-baju kotor, longgokkan dalam bakul tu dan bila ada masa lapang, hari cuti, sendiri yang basuh, sendiri yang jemur dan sendiri yang lipatkan. Jangan longgok atau letak dalam mesin basuh dan biar. Orang lain nak guna mesin basuh tu dan takde siapa yang bermurah hati sanggup tolong basuh, jemur dan lipat baju-baju awak setiap hari…diorang bukan orang gaji awak.

3. Pinggan Mangkuk

Dah guna, basuh. Jangan letak dalam sinki sahaja sebab sinki tu bukannya jenis automatik basuh pinggan dengan sendirinya…perlu ada manusia untuk basuh pinggan mangkuk yang diletakkan dalam sinki tu.

4. Makanan

Apa yang awak nak makan, masak sendiri. Jangan tunggu orang lain untuk masak mengikut selera awak.Bila orang sibuk kat dapur, jangan awak sibuk tengok tv.Masuk dapur, buat kerje sekali.Jangan time makan ja nampak muka, kalau nak makan sedap-sedap dan tak nak orang lain tumpang, makan kat luar. Bila dah balik, jangan cerita apa yang awak makan…lagi bagus, kalau boleh tapau, bungkus makanan tu untuk orang lain pun rasa sorang sikit.

5. Kebersihan

Kebersihan rumah yang banyak keluarga bawah 1 bumbung adalah tanggungjawab bersama.Nampak rumah kotor, bersihkan…nampak rumah tak kemas, kemaskan…walaupun awak bekerja dan ada orang lain yang tak bekerja tinggal situ, itu bukan alasan untuk awak tak bersihkan rumah, tak kemaskan rumah…awak tetap kena jaga kebersihan rumah tu bersama-sama.

6. Anak-Anak

Jaga dan kawal tingkah laku anak-anak sendiri. Jangan biar anak-anak tu buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain marah. Jangan bagi anak-anak ganggu privacy keluarga lain yang ada sekali disitu. Jangan bagi anak-anak rosakkan harta benda yang ada dalam rumah tu. Jangan bagi anak-anak buat sampah dalam rumah tu.

7. Privacy

Apa yang keluarga lain nak buat, nak beli, nak pergi mana-mana pun, itu hak sepenuhnya diorang dan awak tak berhak nak masuk campur urusan keluarga tu walaupun tinggal sama-sama bawah 1 bumbung. Itu hal keluarga diorang dan awak jaga hal keluarga awak sendiri.

Duduk ramai-ramai bawah 1 bumbung ni sebenarnya tak digalakkan namun jika ada penghalang untuk tinggal berasingan, maka silalah patuhi do and don’t yang disenaraikan. Usahakanlah untuk cuba bina keluarga sendiri di tempat berasingan, di bumbung berlainan tanpa perlu menumpang tinggal ramai-ramai di bawah 1 bumbung.

Banyak mudarat dari manfaat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama yang ketika ini terkandas di kampung ‘terpaksa’ duduk beramai-ramai, tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung. Perlu saling bertolak ansur, lebih bertimbang rasa patuhi ‘pantang larang’ yang dikongsikan ini, agar lebih bahagia dan tenang walaupun tinggal beramai-ramai.

Continue Reading

Petua Berguna

16 Tahun Suami Lumpuh, Isteri Tetat Setia Tolak Kerusi Roda Sama-Sama Mencari Rezeki

Published

on

16 Tahun Suami Lumpuh, Isteri Tetat Setia Tolak Kerusi Roda Sama-Sama Mencari Rezeki

Ketika keluar mencari rezeki demi menyara keluarga, seorang wanita Noor Aklima Husin setia ditemani suaminya yang terbaring di kerusi roda sejak 16 tahun lalu.

Dahulunya wanita berusia 41 tahun menjual buah di tepi jalan, tetapi kini dia cuba menanam nanas di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dengan tunjuk ajar suami yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang.

Menurut Noor Aklima, suaminya yang berusia 38 tahun itu tahu selok-belok mengenai penanaman nanas bagi menguruskan 50,000 pohon nanas jenis madu kaca yang mula ditanam hampir tiga minggu lalu.

“Dalam keadaan terbaring di kerusi roda, suami akan memberi tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan bermula dari peringkat awal penanaman lagi kerana saya langsung tiada ilmu dalam bidang pertanian.

“Setiap hari bermula pagi sehingga petang kami akan berada di kebun ini dan sama-sama memantau proses penanaman nanas…

“…dan boleh dikatakan kami saling melengkapi kerana saya ada kudrat untuk bekerja manakala suami pula walaupun tidak berdaya tapi dia ada ilmu (penanaman nanas),” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Oleh kerana kerap diserang sawan dan sesak nafas, dia tidak sanggup meninggalkan suami berseorangan di rumah malah akan mengusung ke mana sahaja.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, menjaga suami lumpuh tidaklah sukar walaupun perlu menolak kerusi roda sambil membawa beg air kencing yang tersangkut di sisi.

“Walaupun suami lumpuh dia tetap cuba sedaya upaya memainkan peranan sebagai ketua keluarga dan tidak membiarkan saya berseorangan.

“Menguruskannya pun tidaklah sukar walaupun makan perlu disuap dan memakai lampin pakai buang kerana ada kalanya saya dibantu dua anak yang berusia 13 dan 17 tahun,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris)

Continue Reading

Petua Berguna

Sikap Lelaki Yang Suka Mengusik, Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?

Published

on

Sikap Lelaki Yang Suka Mengusik, Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?

Lelaki memang terkenal dengan sikap suka mengusik. Kadang-kala perangai mereka yang suka mengusik tu boleh meriuhkan suasana dan membuatkan si wanita ketawa, tetapi ada juga gurauan mereka yang melampaui batas.

Dan apabila asyik orang yang sama je disakatnya macam ada sesuatu yang tak kena. “Kenapa asyik sakat orang tu je? Kau suka kat dia ke apa?”.

Ada pula tu yang sampai perhati dekat-dekat nak tengok sama ada wanita tu ketawa atau tak endah ketika disakat. Rasa annoying kan?, lagi-lagi kena sakat masa mod tengah serius.

Namun, adakalanya juga mereka seolah-olah macam nak buat si wanita berasa marah, sengaja cabar tahap kesabaran. Apa yang dorang nak sebenarnya?

Ini antara penyebab kenapa lelaki suka mengusik wanita.

Sifat semula jadi lelaki

Mengusik, menyakat atau mengenakan orang sudah menjadi perangai lelaki untuk cuba merapatkan hubungannya atau mendapatkan perhatian dari wanita itu. Bagi dorang, bosanlah hidup kalau tak dapat mengusik orang dalam sehari.

Rasa macam tak lengkap je aktiviti seharian. Lagi-lagi bila orang yang diusiknya respon dengan marah-marah, lagi bertambah seronok la dia nak mengusik.

Tak nak suasana krik-krik

kadang-kala bosan juga bila suasana sunyi je, atleast bila dapat sakat sikit sorang dua barulah suasana riuh dan ceria kan. Tak nak lah asyik serius je memanjang.

Tapi biasanya lelaki macam ni dah standby geng dorang untuk datang mengusik. Kalau sorang-sorang manalah berani, senang-senang la kalah dengan perempuan.

Berkenan atau suka dalam diam

Dah berkenan tapi malu nak mengaku, malu nak luahkan perasaan suka, atau kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Oleh itu mengusik adalah teknik yang dorang rasakan sesuai untuk memulakana komunikasi dengan wanita yang diminati.

Bila dah mula mengusik ni secara tak langsung boleh mengurangkan perasaan malu yang dirasainya itu.

Sebab cantik dan mempunyai senyuman yang manis

Mungkin korang rasa macam pelik je dengan sebab ni. Tapi memang benar, senyuman dan gelak tawa si wanita dengan mimik muka dan riaksinya yang comel membuatkan si lelaki suka untuk mengusik. Dahsyat kan.

Testing mood marah wanita

Dalam banyak-banyak cara sakat yang paling menyakitkan hati adalah bila dorang sengaja menguji tahap kesabaran. Buat lawak yang hambar atau kasar yang kadang tu seperti mengejek dan menghina.

Memang tak suka tengok orang lain senang agaknya. Tetapi menurut satu sumber, lelaki sengaja membuatkan seseorang wanita tu marah sebab mereka suka dengan perempuan tu dan sebab perempuan tu nampak comel ketika sedang marah.

Logik juga, kalau tiada perasaan takkan lah nak mengusik pula. Lagi-lagi bila si wanita boleh terima gurauan tersebut.

Antara faktor lain adalah kerana wanita tu garang. Jadi dorang terhibur bila tengok si wanita marah-marah. Macam ni pun ada ya.

Oleh itu, dinasihatkan pada korang, dalam gurauan ada batasnya, jangan niat kita nak mengusik bagi merapatkan hubungan tapi pada akhirnya berlaku sebaliknya, ada yang bergurau kasar sehingga dibenci.

Dan tips untuk wanita pula kalau nak hentikan lelaki yang sering mengusik korang, tak kira la semasa dalam kelas atau pun di tempat kerja. Cuba buat-buat tanya dia dengan suara lantang, “aku tengok kau selalu sangat kacau aku, kau suka aku eh?”. Mungkin dengan soalan macam ni membuatkan si lelaki tersebut rasa malu dan berhenti dari mengusik korang. Selamat mencuba.

Continue Reading

Trending