Connect with us

Luahan

Polis Buru Datuk Seri Yang Lari Panjat Pagar SPRM Sebaik Dilepaskan

Published

on

Polis Buru Datuk Seri Yang Lari Panjat Pagar SPRM Sebaik Dilepaskan

Kuala Lumpur: Polis kini memburu lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram selepas dia melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kelmarin.

Menurut sumber, sepatutnya lelaki terbabit turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

“Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan reman itu namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjudian di Cheras.

“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.

“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman bagi membantu siasatan.

kredit harian metro

Luahan

Kongsi Klip Video Disebalik Tabir Mael Totey, Ramai Sebak, Ramai Pulak Yang Kantoi Tengok Secara Haram

Published

on

Kongsi Klip Video Disebalik Tabir Mael Totey, Ramai Sebak, Ramai Pulak Yang Kantoi Tengok Secara Haram

Filem Mael Totey ternyata menjadi antara karya yang mendapat sambutan luar biasa penonton sejak kebelakangan ini dan mendapat kutipan mencecah angka juta meskipun ditayangkan menerusi kaca televisyen dimana orang ramai dapat melanggannya di Astro First.

Baru-baru ini, Syahmi Sazli menerusi posting dilaman Instagram berkongsikan beberapa rakaman video khas buat penonton mengenai OST Mael Totey The Movie.

Perkongsian tersebut menerima pujian ramai apabila warganet dapat mendengarkan Mael Totey OST versi seruling dan Haa Voc Hum.

Dua perkongsian video ini bagaimanapun membuatkan peminat turut memberikan pelbagai reaksi positif dan senang mengenai filem terbabit yang masih sahaja hangat ditonton meskipun sudah ditayangkan beberapa hari yang lalu.

Walau bagaimanapun, melalui perkongsian juga terselit kapsyen yang mengundang pandangan ramai apabila Syahmi Sazli menberitahu bahawa ramai yang meminta maaf kepadanya.

Ini berikutan masih ada yang menonton filem arahannya itu secara haram namun bagaimanapun, Syahmi mengharapkan agar langgan secara sah di Astro First.

“Nanti siapa nak guna music ni, boleh download di Youtube Mi. Btw, harini ramai yang DM Mi, minta maaf dekat Mi sebab tonton secara haram.

Tolong, kalau rasa bertanggungjawab, langgan semula yang sah dekat Astro First saluran 480.” Tulisnya.

Sementara itu, ramai meninggalkan pelbagai maklum balas kepada Syahmi Sazli dan tidak henti-henti juga pengarah muda ini menerima pujian mengenai Mael Totey The Movie.

kredit HCL

Continue Reading

Luahan

Mak selalu tanya duit gaji saya buat apa ja sedangkan makan hari hari ayah yang tanggung sebulan beribu rumah menumpang mana habis duit

Published

on

Mak selalu tanya duit gaji saya buat apa ja sedangkan makan hari hari ayah yang tanggung sebulan beribu rumah menumpang mana habis duit

Salam min, Macam Mana Saya nak luah. ni bukan soal suami ni soal mak sendiri. susah hati dibuatnya. kami menumpang rumah mak ayah Saya. soal rumah loan Tak lepas. elok nak buat loan lain kena pkp pula. MCM MCM alasan seller bagi. sekarang masih menumpang rumah parent Saya. awai bulan suami akan belikan barang kering dapur, kecuali ikan dan ayam ja. Sabun Sabun semua dia beli Dan kelengkapan kami laki bini. di rumah dia tolong Saya basuh baju sidai baju lepas balik Keja.

kadang sebelum tidur dia masak air untuk cukupkan keperluan esok pagi (untuk adik Adik saya ya sek). cuci pinggang mangkuk di dapur. kadang baju Adik Adik perempuan Saya Pon dia tolong sidai. sebab takmau esok Saya susah nak sidai nak kemas rumah lg. Saya pula menjahit di rumah , soal cust datang rumah tolak tepi Bab tu Pon dah makan hati dah. tapi Saya pikir tak apa la Saya menumpang .

Saya dari Mula kerja duit gaji Saya Tak pernah Tak bagi duit bulanan mak ayah, beli barang dapur, bayar duit wifi, duit baju Raya setiap tahun, duit nak buka sek adik Adik 2sek 1uni. kadang bg belanja Adik yang dok asrama kalau dia mengadu duit tak ada. sampai dia sambung belajar saya usaha juga bagi duit beli barang kelengkapan dia sikit skit. nasib dia paham akak dia. kiranya Saya dari zaman bujang dah biasa memberi macam tu dalam Hati pikiaq nak tolong ayah. kurangkan belanja bulan dia.

Ayah belanja gaji dia besar. tapi besar juga komitmen dia. rumah, keta, yuran uni, bil bil lain tapi jarang nak buat Saya berasa hati. kadang cuma dia kata. lama akak Tak belanja ayah makan itu ini. kadang Saya turutkan juga. sekali sekala tapi soal mak ni. Allah berat. lepas Saya berkawin lain betul dia. soal gaji suami Saya dia nak ambik Tau , gaji Saya Pon dia nak Tau. buat apa apa. saya didik suami, Kita menumpang abang beli belanja dapoq dan laundry. sayang belanja mak ayah n Adik Adik.

Mak cuma beli barang basah makan harian. itu pon masak malam shja sebab semua Ada di rumah. kalau siang, Saya ni pandai pandai la makan sendiri. berasa hati Saya. kadang suami balik tengahari Tak bagitau konon nak balik makan lah. tapi apa Pon tak ada. okay di sini bukan Saya malas ka apa ka. Saya dari bangun tidur tu. basuh pinggang yang ada. Memas dapur. sidai baju untuk ke berapa round entah lah.

Lepastu bagi Mandi kucing. Emak hanya rileks Kat depan. makanan pagi memang Tak beli Kat Saya. Kat Adik beli pula . lepas tu Saya Pon Mula la menjahit dengan perut kosong kadang bancuh air panas ja. dah kemas rumah takkan nak masak pula. nak menjahit lagi. kalau dilayan Saya memang Tak menjahit dah. letih. Nasib Adik sek dia p ambik dulu Saya yang ambik. Allah letih tak payah habaq la.

Dekat Adik Adik dia kata dia yg buat Keja rumah. Saya ni bangun lewat saja saja, kecik hati Saya. kadang bila Ada duit lebih Saya selalu bagi dia dan ayah beli baju ka makan Kan. bila Saya kurang duit Tak dpt bli apa dia nak mesti dia ungkit. Mak selalu tanya duit gaji saya buat apa ja sedangkan makan hari hari ayah yang tanggung sebulan beribu rumah menumpang mana habis duit. Allah hati Saya remuk bila dia kata MCM tu. kalau Saya beli apa apa Kat keluarga in law. memang Saya diam terus . takmau dia tarik muka.

Tapi Saya pikir itu mak ayah Saya juga. walaupun mentua. dpt mak ayah mentua jenis segan Kita sua duit, beza dengan mak Saya. hmmm. Saya sekadar meluahkan perasaan. makan pagi tdak . pagi ni dia keluar, Saya cucuh api dapur gas pula habis .remote pagar dia bawa, terus Saya beremosi pg ni . Allah moga yang membaca bagi Saya kata kata semangat

Continue Reading

Luahan

“Tolonglah Duduk Rumah Dalam Tempoh Dua Minggu Ini”

Published

on

“Tolonglah Duduk Rumah Dalam Tempoh Dua Minggu Ini”

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan.

“Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya.

Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat.

“Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya.

Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Continue Reading

Trending