Rakaman Keluarga Datang Ke “Foodbank” Dan Rembat Makanan Sampai Licin Rak

Ramai pihak mewujudkan “food bank” bagi menyediakan bantuan makanan kepada golongan memerlukan. Badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk sehingga kepada pengurusan masjid atau surau. Bagaimanapun semalam tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) beberapa individu dilihat “memborong’ dan ‘sapu’ makanan “food bank”.

Seorang lelaki dan dua wanita mengambil kesemua makanan disediakan dan memasukkannya dalam bungkusan plastik. Dipercayai sardin dan susu pekat. Perbuatan pada waktu malam itu menerima kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Seorang netizen Nasir Tg mempersoalkan sama individu terbabit mungkin mengambilnya untuk dijual semula. Ada juga netizen menyarankan supaya “food bank” dijaga supaya tiada pihak mengambil kesempatan. “Ramai orang lain memerlukan barangan makanan tersebut. Jangan tamak,” kata netizen lain. Lokasi kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*