Rakyat Jepun Cipta Pelitup Muka Dari Roti Siap Boleh Makan Pula Lepas Tu

Di saat seluruh dunia dilanda COVID-19, antara SOP yang wajib dipatuhi adalah dengan memakai pelitup muka ataupun ‘face mask’. Kini, ‘face mask’ boleh didapati dalam pelbagai bentuk warna, corak dan dijual di kebanyakan kedai seakan ia barang ‘aksesori’ atau fesyen pula. Tapi di Jepun, ada juga pelitup muka yang boleh dimakan tau! Pelitup muka yang boleh dimakan itu diberi nama ‘Mask Pan’.

Pan bermaksud roti dalam bahasa Jepun, maksudnya pelitup muka tersebut direka berbentuk roti melon, iaitu roti yang terkenal di negara berkenaan. Tahu tak? Ia turut diperbuat daripada roti melon yang sebenar. Menakjubkan, bukan? Memetik portal SoraNews24, idea pembuatan pelitup muka roti ini berasal daripada 3 pelajar universiti dari Fukuoka dan Okinawa bernama Chisato Komorita, Tenmi Nagano dan Katsumi Ota.

Alasan mereka untuk mencipta pelitup muka ini ialah kerana mereka mahu menghidu bau roti melon pada sepanjang masa. Bukan itu sahaja, pelitup muka tersebut juga telah diuji secara klinikal dan terbukti mampu memberi perlindungan sama seperti pelitup muka biasa. Menurut sumber, Mask Pan akan dijual di Jepun secara ‘online’ bermula 10 Jun ini dengan harga sekitar RM67 (1,800 yen).

kredit borak daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*