Ramai Puji Sebutan Betul Bahasa Arab Zizi Kirana “Sejujurnya, Tak Sangka Zizi Boleh Nyanyi Arab Walaupun Dia Rapper”

Ramai Puji Sebutan Betul Bahasa Arab Zizi Kirana “Sejujurnya, Tak Sangka Zizi Boleh Nyanyi Arab Walaupun Dia Rapper”

Jumaat lalu, penyanyi Zizi Kirana telah melancarkan lagu berkonsep selawat Qamarun atau Purnama bersama dengan kumpulan UNIC.

Menerusi single itu, ramai memuji alunan selawat dan qasidah Zizi, selain menyifatkan sebutan bahasa Arabnya juga sangat bagus.

Mempunyai latar belakang sebagai penyanyi nasyid ketika dibangku sekolah, Zizi berkata kumpulannya itu pernah menjuarai pertandingan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan.

Meskipun Zizi membina kerjaya sebagai penyanyi dengan genre berbeza, cintanya terhadap qasidah dan selawat sama sekali tidak pernah hilang.

Menceritakan mengenai single selawat, UNIC berterima kasih kepada Zizi kerana sudi melawar mereka untuk bekerjasama dalam projek itu.

“Terima kasih pada Zizi sebab sudi nak bekerjasama untuk projek ini. Tercetus idea, sebab dia suka tanya pasal qasidah dan selawat. Sebab dia minat, jadi saya terangkan. Saya kagum apabila dia cakap ada ‘minus one’ qasidah.

“Dia (Zizi) cakap sudah ada muzik pasal selawat Qomarun dan qasidah lain. Jadi, dia ajak nak berkolaborasi dengan UNIC. Kebetulan hendak menyambut Maulidur Rasul, jadi ia cadangan bagus. Itu yang terus buat semuanya siap dalam masa dua hari.

“Sejujurnya, saya dan Bazli, tak sangka Zizi boleh nyanyi Arab dengan sangat baik walaupun dia rapper. Sebab lenggok Arab ini susah sikit kerana ada notasi tarannum. Tapi dia boleh buat, jadi lebih mudah. Latihan hanya dibuat di studio dan rakaman tak sampai dua jam,” katanya.

Single Purnama boleh didengar menerusi laman YouTube Zizi Kirana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*