“Ramai Yang Keliru Dengan Kenyataan Zahid Hamidi, Ini Bukan Rumusan Mesyuarat”

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi tidak menggambarkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh mendakwa, perkara itu dimaklumkan oleh beberapa ahli MKT yang menghubunginya memaklumkan perkara lain telah dibincang dalam mesyuarat itu, tetapi lain pula yang dirumuskan.

“Apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal sebelum MKT bermesyuarat. Jika benar ternyata sekali lagi MKT dipermain dan ini amat serius. Ramai ketua UMNO bahagian mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan akhbar Presiden UMNO (Ahmad Zahid). Terdapat juga Ketua UMNO Bahagian yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden UMNO itu tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT,” dakwanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook, hari ini.

Anuar mendakwa, seramai 25 ahli MKT telah bercakap dalam mesyuarat malam tadi, namun tiada konsensus yang ketara dan tiada undian dibuat. Dakwa beliau, perbincangan tidak berkisar sama ada UMNO perlu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional  (PN) seperti yang dimomokkan. “Dalam kata lain, Presiden UMNO wajib menjelaskan kedudukan sebenar. Segera keluar kenyataan yang benar,” katanya.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*