Rindu Sama Ayah Yang Telah “Pergi”, Kain 4rwah Ayah Dijahit Ibu Jadikan Sebagai Baju Gadis Ini Bikin Sebak

Perasaan perit dan rindu kepada yang telah dijemput ilahi, hanya yang merasai saja yang tahu. Begitu juga dengan gadis Indonesia ini yang menjadikan kain pelikat 4rwah ayahnya sebagai baju untuk mengubat rindu. Video yang dimuat naik oleh @redvelvetenakk_ di TikTok dengan kapsyen ‘sekarang bapak sudah 100 hari’ itu tular dan buatkan ramai warganet sayu.

Dalam video itu, gadis tersebut menjelaskan bahawa ayahnya mempunyai banyak kain pelikat. Lalu, dia memilih yang kain pelikat yang dirasanya sangat estetik. Kain tersebut bercorak kotak-kotak berwarna coklat. Beliau kemudian memperkenalkan ibunya yang sedang menjahit kain pelikat berkenaan dalam kapsyen di video tersebut.

“Ini ibu aku, beliau memang bekerja sebagai seorang penjahit.” Selanjutnya, video itu memaparkan proses ibunya menjahit kain pelikat suaminya sehingga menjadi sehelai baju tanpa lengan. Akhir sekali, gadis itu menunjukkan gambar-gambar saatnya memakai baju yang dihasilkan oleh ibunya itu dan ia juga meraih pujian dari warganet.

Ramai juga yang meluahkan rasa sedih atas kehilangan seorang bapa dan berharap kepada yang masih ada agar menghargai bapa masing-masing. “Mesti akan selalu dipakai untuk mengingati ayahnya. Kalau ditanya rakan bajunya beli di mana dan jawabnya ‘ibu yang buat’, mesti rasa bangga.” ujar salah seorang pengguna TikTok.

  • “kenapa jadi lawa?”
  • “Rasa macam dipeluk ayah tak?”
  • “Saya sedih sebab tak ada satu pun pakaian peninggalan bapa.”
  • “Sebab itu saya tak buang baju dan kain 4r*wah mama. Boleh dibuat sebagai pengubat rindu.” tambah pengguna lain.

kredit i am lejen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*