Connect with us

Islamik

Saat-Saat Kema tian Iblis Di Hari Kiamat

Published

on

Iblis adalah makhluk ciptaan Allah yang ditangguhkan kema tiannya oleh Allah SWT hingga hari kiamat. Iblis diberikan kekuasaan oleh Allah untuk menyesatkan manusia sebanyak-banyaknya hingga akhir zaman nanti.

Dan kini, sudah banyak sekali manusia yang sudah disesatkan oleh Iblis Laknatullah. Hingga pada batas waktu yang telah ditentukan oleh Allah maka Iblis akan menemui ajalnya nanti ditangan malaikat maut, Izrail. Beginilah kisah Iblis pada saat detik-detik terakhir kema tiannya pada hari kiamat kelak.

Pada saat hari kiamat sudah tiba, maka ma tilah segala makhluk yang ada di langit dan di bumi kecuali yang Allah kehendaki. Kemudian Allah memerintahkan malaikat maut dengan berfirman:

Hai malaikat maut, sesungguhnya Aku menciptakan bagimu sebanyak bilangan orang-orang yang pertama sampai yang terakhir sebagai pembantu, dan Aku menjadikan untukmu kekuatan langit dan bumi, dan sesungguhnya hari ini Aku memberimu pakaian kemurkaan, maka turunlah dengan kemurkaan-Ku dan cambuk-Ku pada iblis yang terlaknat, maka timpakanlah kema tian kepadanya dan bawalah padanya pahitnya kema tian orang-orang dari yang pertama sampai yang terakhir dari manusia dan jin dengan berkali-kali lipat. Dan bawalah besertamu 70.000 malaikat zabaniyah, beserta setiap malaikat sebuah rantai dari neraka Lazha.

Kemudian turunlah malaikat maut dan malaikat-malaikat lainnya yang sudah Allah perintahkan untuk datang kepada Iblis. Saat malaikat maut tiba dihadapan Iblis, maka menjeritlah Iblis kerana sangat takutnya melihat rupa malaikat maut yang datang dengan penuh murka. Bahkan apabila ada makhluk yang mendengar jeritan Iblis itu, maka pengsanlah orang itu seketika kerana jeritan iblis.

Kemudian, malaikat maut berkata:

“Hai iblis, rasakanlah olehmu kema tian pada hari ini, berapakah umur yang telah engkau habiskan dan berapakah lamanya engkau telah menyesatkan (manusia).”

Kemudian Iblis mencuba lari dengan mencari tempat sembunyi, namun sungguh tidak ada tempat sembunyi baginya. Kemudian Iblis bertanya kepada malaikat maut:

“Minuman dan siksaan apakah yang akan ditimpakan terhadapku?”

Kemudian malaikat maut menjawab:

“Kamu akan diberi minum dari Neraka Ladha, siksa yang kamu terima serupa dengan siksa ahli neraka tapi berlipat ganda.”

Mendengar itu, Iblis pun menjerit dengan jeritan yang sekuat-kuatnya. Kemudian ia berlari ke arah timur dan barat namun kemanapun ia pergi malaikat maut selalu ada disana. Kemudian tibalah ia ditempat pertama kali ia diturunkan, disana malaikat Zabaniyah sudah menghadangnya dengan rantai-rantai dari neraka.

Tatkala bumi bagaikan bola api kerana dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah yang menikam dengan bebatuan dari neraka sehingga Iblis merasakan siksa sakaratul maut yang amat sangat pedih.

Pada saat itu dipanggilah Adam dan Hawa untuk menyaksikan kema tian Iblis, Nabi Adam kemudian berdoa kepada Allah,

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan Nikmat-Mu kepada kami.”

Begitulah kisah sakaratul maut Iblis yang sangat mengerikan kerana telah mengingkari perintah Allah SWT. Semoga dapat menjadi bahan renungan untuk kita semua agar kita dihadapkan dengan kema tian yang khusnul khatimah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Trending