“Saya Bukan Yang Ketiga..” Mawar Akui Kena Komentar Netizen Selepas Ambil Gambar Dengan Ashraf Muslim

Usahawan popular, Mawar Karim, 32, mohon maaf seandainya tindakan berkongsi gambar berdua dengan aktor Ashraf Muslim menerusi laman Instagram mengguris hati mana-mana pihak. Katanya, gambar berkenaan diambil ketika terserempak dengan Ashraf di kediaman salah seorang teman di Jeddah. Malah, akuinya, pertemuan dengan pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu berlaku secara tidak sengaja.

“Kami terserempak di rumah salah seorang teman di Jeddah. Ketika itu, saya baru sampai, manakala Ashraf sudah mahu beransur pulang.

“Secara jujur, saya tiada niat mengguris hati sesiapa. Lagipun, kami bukan baru kenal, sebaliknya sudah lama saling mengenali. Secara kebetulan, kami terserempak di tempat asing, jadi saya mengambil peluang bergambar dengannya.

“Bagi mengelakkan salah faham, saya sengaja meletakkan kapsyen tidak serius berbunyi ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’, tetapi tidak sangka ia menjadi isu dalam kalangan netizen,” katanya kepada BH Online.

Gambar bersama Ashraf dimuat naik Mawar kira-kira lima hari lalu menerima lebih seribu komen dengan reaksi yang berbeza pengikut laman sosial.

Ada berpendapat tindakan Mawar tidak manis memandangkan status Ashraf sebagai suami orang. Mawar nafi pemergiannya ke Tanah Suci Makkah bagi membawa hati selepas pernikahan bekas suami, Fizo dan Fazeera, minggu lalu. – Foto IG Mawar Karim

Sementara itu, Mawar menafikan pemergiannya ke Tanah Suci Makkah bagi membawa hati atas pernikahan bekas suaminya, Fizo Omar dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz, minggu lalu.

Sebaliknya, jelas Mawar, dia berada di Jeddah atas urusan kerja dan perniagaan. Dan kesempatan itu juga digunakan untuk menunaikan umrah.

“Patah hati dan bawa diri? Saya bukan berhijrah terus, sebaliknya ke Makkah atas urusan kerja. Buat kali pertama saya meninggalkan anak, Wan Maryam Wan Hafizol untuk tempoh lama dan pergi seorang diri.

“Sambil bekerja menguruskan hal dunia, saya tidak menyangka diberi peluang untuk muhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah.

“Dari segi syarat, visa umrah memerlukan mahram. Tetapi, api saya bersyukur ini satu bonus sangat berharga apabila berpeluang menunaikan umrah ,” katanya terharu kehadirannya disambut dengan baik sehingga tidak terasa berada di negara orang.

Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013, namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

kredit berita harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*