Saya sangka cuma saya yang bekerja 12 jam sehari saja tahu penat rupanya isteri saya dirumah lebih penat

Saya sangka cuma saya yang bekerja 12 jam sehari saja tahu penat rupanya isteri saya dirumah lebih penat

Assalamualaikum min. Kisah saya ni bukan lah kisah luar biasa. Tapi hanya kisah biasa. Camni. Jujur saya katakan dulu saya seorang yang panas baran. Kaki pukul. Dan seangkatan dengan nya. Selepas berumah tangga saya still naik tangan kat isteri saya. Still bentak dia. Dan saya mahu dia turuti kata2 saya saja. Ego saya tinggi menggunung min. Saya selalu mendera mntal dia. Selalu mencabar dia sehingga satu hari saya mula tersedar kesilapan saya min.

Saya sedar semua silap yang saya telah lakukan. Mujur allah masih memelihara rumah tangga saya min. Saya sedar tanpa isteri di sisi saya. Pasti saya akan kembali ke jalan yang salah. Saya mula sedar hakikat sebenar min. Saya sangka cuma saya yang bekerja 12 jam sehari saja tahu penat. Rupanya isteri saya dirumah lebih penat min. Makan minum saya dia yang sediakan. Tiada waktu rehat untuk dia. Walhal sama2 berkerja.

Tapi silap saya sebab saya hanya tahu fikirkan penat saya. Padahal isteri saya langsung tiada masa untuk rehatkan diri. Saya cuma nak min sampai kan luahan hati saya kerana isteri saya suka membaca page kisah rumah tangga.

Kepada isteri yang tercinta. Maafkan abby andai kata selama ini abby buta akan pengorbanan ammy. Banyak dosa abby kat ammy. Walau banyak silap abby pada ammy. Namun ammy masih bersabar dan terus bersabar dengan abby.

Sungguh saat ini abby rasa abby lah yang paling bertuah kerana berjaya menjadi suami kepada isteri penyabar macam ammy. Walaupun hidup susah tapi ammy tak pernah mengeluh sentiasa memberi abby semangat. Malah ammy tak pernah putus berdoa andai satu hari nanti abby akan berubah. Terima kasih sayang. Abby bertuah memiliki isteri seperti ammy. Abby just nak bagitau abby sayang ammy dunia dan akhirat. Semoga mahligai yang kita bina kekal sehingga akhir hayat kita. Amin…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*