“Saya Membuka Rakaman Dan Melihat Bayangan Seorang Lelaki Yang Kelihatan Seperti Tukang Sembelih Binatang Pada Zaman Dahulu”

Seorang wanita di England secara tidak sengaja mendakwa rakaman kamera litar tersembunyi (CCTV) rumahnya mengesan kehadiran entiti misteri secara tidak sengaja. Charlie Eggenton sebelum ini merasa ada sesuatu yang tidak kena pada rumahnya selepas menerima amaran daripada CCTV yang mengesan pergerakan di sekitar rumahnya ketika beliau pergi bercuti.

“Saya membuka rakaman tersebut di komputer riba dan melihat bayangan seorang lelaki yang kelihatan seperti tukang sembelih binatang pada zaman dahulu. Saya memuat naik rakaman itu di Facebook dan ramai yang bersetuju mereka melihat jelas bayangan lelaki itu,” katanya.

Menurut beliau, kelibat yang membentuk asap putih dirakam muncul dari dinding ruang tamu rumahnya, dan ia semakin jelas kelihatan berjalan di sekitar rumah. Ada yang mendakwa entiti itu kelihatan seperti duduk diatas kerusi sambil memegang sebilah pisau. “Ia sungguh jelas, seperti kepalanya berpusing ke belakang untuk melihat kamera,” tulis seorang pengguna media sosial.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*