Sebelum Keluar Bekerja, Amalkan Perkara Ini Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga Anda

Sebelum Keluar Bekerja, Amalkan Perkara Ini Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga Anda

Setiap perkahwinan, mana mungkin kita harapkan kecundang di kemudian hari. Mestilah kita doakan yang baik-baik dan indah sahaja sepanjang bersama pasangan, sehingga akhir hayat.

“Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1)

Tips yang ingin admin kongsikan ini, bukan sahaja untuk pasangan yang baru berkahwin. Juga boleh diamalkan bagi pasangan-pasangan lama yang ingin memupuk kembali rasa cinta seperti pertama kali mengucapkan “Aku terima nikahnya”.

Tips bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah

Sebelum diri berangkat pergi bekerja seharian, biasakanlah diri cium anak dan isteri anda. Cara yang mudah ini memberi serba sedikit kebahagiaan kepada mereka yang menyatakan kasih sayang ayah terhadap anak dan isteri.

Ketahuilah bahawa kening perempuan merupakan sumber ketenangan dan semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan. Pada kening perempuanlah Tuhan menghebuskan sumber ketenangan. Maka tidak hairanlah, jika suami dapat merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

Perempuan menciumkan tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya. Ternyata ada doa yang dipanjatkan di tangan suami, meletakkan doa di sana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja demi orang-orang yang dicintai dan disayanginya.

Ciuman adalah salah satu saranan untuk menyampaikan rasa sayang kepada orang yang kita cintai. Kucupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang kepada anak-anaknya amat diperlukan.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*