Selepas Selesai Jalani Pembed4han, Doktor Baru Tahu Dia Tersalah Bedah Pes4kit

Sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) tersilap memindahkan organ buah pinggang kepada penerima yang salah dalam satu insiden baru-baru ini, lapor akhbar New York Post. Kesilapan itu disedari oleh pasukan pembed4han selepas ia selesai dan penerima sebenar masih menunggu buah pinggang baharu untuk dimasukkan ke dalam badannya.

University Hospitals Ohio dalam satu kenyataan yang diberikan kepada akhbar The Post memohon maaf atas kesilapan perubatan itu dan memberikan cuti bersyarat kepada dua stafnya untuk menyiasat bagaimana organ itu telah dimasukkan ke dalam penerima yang salah.

“Kami kecewa kesilapan yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan seorang pes4kit menerima buah pinggang yang bukan untuknya. Badan penerima baharu yang menerima buah pinggang itu sesuai, namun pemindahan terhadap penerima sebenar terpaksa ditangguhkan,” tulis kenyataan daripada pihak hospital.

Jurucakap hospital berkata, insiden tersebut berlaku pada 2 Julai lalu. Pegawai memaklumkan Rangkaian Bersatu untuk Perkongsian Organ yang mengawasi pemindahan tersebut kini sedang menyiasat punca kesilapan tersebut dan menjamin bahawa kejadian serupa tidak akan berulang.

“Kami memohon maaf kepada kedua-dua pes4kit dan ahli keluarga mereka. Kami sedar kepercayaan yang diberikan pes4kit untuk menjaga mereka. Situasi ini adalah bertentangan dengan komitmen kami dalam membantu pes4kit menjalani kehidupan sepenuhnya,” jelas hospital itu. Pihak hospital itu telah melakukan sebanyak 95 pemindahan buah pinggang tahun ini dan 194 pada tahun lalu.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*