Minta Pindah Wad, Tindakannya Warga Asing Ini Angkut Sekali Tilam Nak Pindah Undang Berdekah

Disifatkan terlalu jujur dan naif, seorang pes4kit lelaki warga asing telah ‘salah faham’ pada arahan jururawat di sebuah wad pusat perubatan tempatan. Menerusi satu rakaman video berdurasi 17 saat kelihatan sekumpulan jururawat bertugas terkejut dan terhibur melihat ragam pesakit terbabit.

Masakan tidak, difahamkan lelaki itu diminta berpindah katil di dalam wad yang sama. Bagaimanapun, momen melucukan apabila pes4kit berkenaan bertindak memikul tilam dari katil lama untuk dibawa ke katil wad baharu. Tindakannya itu mengundang tawa dalam kalangan petugas kesihatan, bahkan dia turut menyanyi ketika membawa tilam untuk berpindah katil.

Bagaimanapun, jururawat sempat menghalang dan memintanya mengembalikan tilam ke katil asal. Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan reaksi terhibur dengan aksi pesakit berkenaan. Tulis warga maya:

  • – “Nasib baik katil tidak dibawa sekali.”
  • – “Betul lah dia ikut cakap nurse pindah katil. Dia pun pindah lah.”
  • – “Kesian dia, orang jujur ni. Semoga cepat sembuh.”
  • – “Nurse penat tapi terpaksa layan hahahaha.”
  • – “Penat juga jaga manusia. Hilang stres nurse nurse tu.”
  • – “Hilang stres frontliners, penghibur yang Tuhan utuskan buat kita semua dikala duka dan struggle.”

Begitulah pahit manis para petugas barisan hadapan melayani bermacam-macam kerenah pes4akit. Sekurang-kurangnya momen tersebut membantu menghilangkan tekanan mereka di wad.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*