“Slipped Disc” Semakin Senang Orang Terkena, Rupanya Ini 6 Punca Sebenar Sering Terjadi

Prapppp! Tengah angkat barang berat, tiba-tiba rasa meletup dan sakit pada bahagian pinggang dan belakang. Situasi tersebut merupakan slipped disc atau sakit pada tulang belakang. Ia boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja khususnya golongan berusia antara 20 sehingga 50 tahun.

Namun begitu, tahukah korang slipped disc antara masalah kesihatan yang sering dialami generasi muda. Ini disebabkan ia boleh terjadi disebabkan beberapa faktor selain mengangkat barang berat.  Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc).

Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk, sekali gus menyebabkan anggota badan kebas atau lemah. Sebab-sebab slipped disc dikatakan berpunca daripada proses penuaan pada disk tulang belakang dek mengalami faktor mekanikal, trauma, nutrien, dan genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasikan kepada peringkat akut, kronik dan berulang (recurrent). Sakit akut amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung lama atau angkat sesuatu barang di lantai dalam posisi salah (lebih lagi jika barang berat).

  • Sakit belakang berpunca:
  1. Perubahan kepada disc
  2. Kecederaan otot
  3.  Postur tidak betul
  4. Patah tulang belakang (jarang)
  5. Kelemahan otot stabiliti

Penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada tahap serius. Perkembangan penyakit itu harus diawasi dan berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas.

  • Punca
  1. Umur- Lazimnya, penyakit slip disc berlaku dalam kalangan golongan berusia kerana bahagian luaran yang melindung disc semakin haus dan mengakibatkan ia mudah bergerak dari kedudukan asal.
  2. Pergerakan tiba-tiba- Setengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau cara salah membawa kepada masalah slip disc.
  3. Mengangkat objek berat- Proses mengangkat objek berat menyebabkan tekanan tinggi pada tulang belakang. Ini secara tidak langsung mengakibatkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
  1. Berat badan- Apabila seseorang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti tulang belakang tidak dapat menampung berat badan, sekali gus menyebabkan terdedah pada slip disc.
  2. Otot lemah- Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau bersenam untuk menguatkan otot juga berisiko tinggi mengalami slip disc. Otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang dengan kukuh.
  1. Kehidupan tidak aktif- Keadaan ini merujuk kepada golongan berkerja di pejabat yang duduk tempoh lama tanpa melakukan pergerakan lain. Tabiat duduk sahaja memberikan tekanan tinggi pada tulang belakang bahagian bawah.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*