Suara Makin Sedap, Netizen Anggap Ini Versi Nabila Razali Yang Terbaik, Tidak Terkucil Lagi

Boleh tahan juga suara Nabila Razali ketika menyanyikan lagu berjudul Reckless dendangan Madison Beer yang dikongsikan dalam Instagram miliknya. Suara dan gaya nyanyian Nabila tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan ramai pihak sehingga meminta dirinya untuk ‘bersara’ daripada meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

Bagi Diva, nyanyian Nabila untuk lagu Reckless itu patut diberi pujian kerana menyerlahkan kekuatan vokal Nabila yang serak-serak basah.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai juga netizen yang meninggalkan kata-kata pujian dan sokongan terhadap Nabila supaya meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi. Malah ada juga yang berpendapat bahawa nyanyian pelantun lagu Peluang Kedua itu telah menjadi semakin baik seperti penyanyi hebat yang lain. Harap-harap tidak ada lagi kejian untuk Nabila selepas ini.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*