Suasana Sebak Rakyat Malaysia, Artis Titip Doa Untuk Siti Sarah Dan Mendoakan Shuib Dan Keluarga

Arena hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih pada pagi ini apabila penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 36, dikhabarkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. Ramai yang masih diselubungi rasa tidak percaya biarpun perkhabaran daripada sang suami, Shuib, semalam mengenai keadaan isterinya yang semakin kritikal.

Lebih memilukan, pemergian Allahyarham meninggalkan empat anak yang masih kecil termasuk bayi yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu.

Sungguhnya, ia merupakan satu kehilangan yang cukup mendalam, tambahan pula nama Siti Sarah sememangnya sudah sinonim dengan arena hiburan semenjak kemunculannya yang menyinari industri muzik tempatan, bermula dengan sebagai salah seorang peserta akhir dalam program realiti televisyen pada 2001.

Orang ramai turut bertumpang sedih hati terhadap perginya bintang besar industri muzik tempatan itu. Antara rakan artis yang turut menzahirkan ucapan takziah mereka termasuklah pemuzik rock negara, Ella Aminuddin yang menulis: “Semoga Allah tempatkanmu bersama pejuang-pejuang solehah. Selamat jalan ke negeri abadi. Kami akan menyusulmu nanti. Kami akan merinduimu Sarah.” Semoga Allah tempatkanmu bersama pejuang pejuang solehah.

 

Tidak ketinggalan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh covid19.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*