Tarikh Untuk Bersalin Sudah Tahu Tapi Bayi Keluar Lebih Awal, Ini 5 Sebab Bayi Anda Lahir Tak Cukup Bulan

Kejadian ini boleh disebabkan pelbagai punca, dan dalam kebanyakkan kes ia berlaku spontan dan puncanya tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada yang disebabkan masalah perubatan yang memaksa proses bersalin secara caesarean dilakukan. Antara punca terjadinya kelahiran pramatang adalah seperti yang berikut:

  1. Mengandung anak kembar atau kehamilan berganda. Kebanyakan wanita dengan kehamilan berganda akan mengalami proses kelahiran pramatang secara spontan, selain juga wujudnya komplikasi semasa hamil.
  2. Terdapat gangguan pada plasenta atau ser-viks ibu yang lemah (incompetent cer-vix).
  3. Jangkitan pada salur kencing dan fa-raj, jangkitan kelamin (STD), jangk-itan ra-him, antara faktor yang mengakibatkan bayi lahir tidak cukup bulan.
  4. Masalah-masalah perubatan kronik yang dialami ibu seperti preeklampsia(tekanan darah tinggi dan wujudnya protein dalam air kencing), perkembangan j4nin lemahdi4betes dan teka4nan dar4ah tinggi.
  5. Mempunyai sejarah keluargayang melahirkan anak tidak cukup bulan.

Justeru, bagi mengawal sebarang kemungkinan atau risiko kelahiran pramatang, doktor akan menentukan keperluan penjagaan khas atau sebaliknya. Jika berisi0o tinggi, maka ibu hamil itu akan diberikan penyediaan kesihatan yang terbaik untuk diri dan kandungan. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat doktor di hospital sekiranya wujud sebarang komplikasi ketika sedang sarat hamil. Jangan mudah percaya sebarang tips atau petua yang tular di media sosial.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*