“Terbaik Polis, Ini Yang Kita Mahukan” Anggota Polis Tegas Dengan YB Langgar SOP Rentas Tanpa Dokumen Raih Pujian

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan beberapa pekebun durian yang menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub. Tak habis lagi tentang isu tersebut, beberapa video berkenaan tindakan anggota polis yang terpaksa bertegas dengan beberapa ahli parlimen tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Dalam satu video yang di muat naik keTwitter dan diambil dari TikTok @yassinsarifudin, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kenderaanya diberhentikan pihak berkuasa. Namun, disebabkan gagal menunjukan sebarang dokumen perjalanan merentas negeri memandangkan beliau merupakan ADUN dari Selangor, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan.

Dapat di dengar dengan jelas yang pegawai polis berkenaan menerangkan bahawa ADUN dan ahli parlimen hanya dibenarkan merentas negeri atau daerah untuk tujuan melawat kawasan masing-masing sahaja, dan bukan berkaitan urusan lain. Walau bagaimanapun, ahli parlimen Raub telah membenarkan ADUN berkenaan untuk meneruskan perjalanan atas budi bicaranya.

Selain itu, pihak polis berpangkat Inspektor berkenaan juga menerangkan bahawa dia hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Sehubungan dengan perkongsian yan tular itu, rata-rata warganet berasa ‘puas hati’ melihat ketegasan pihak polis dalam memastikan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dapat berjalan dengan baik dan tiada sesiapa pun terkecuali andai melakukan kesalahan melanggar SOP.

Difahamkan, ADUN tersebut datang ke Raub atas isu pekebun durian yang menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub. Sebelum ini, 101 hektar pokok durian dimusnahkan selepas ditanam secara haram di kawasan hutan simpan tersebut dalam satu operasi yang dilakukan kelmarin.

kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*