Teruskan Teman Mama Sekarang, Ben” Ucapan Ahli Keluarga Benjy Buat Netizen Terharu

Keluarga kepada Allahyarham Benjy Ibrahim memberi kebenaran kepada pihak penjara Medan, Indonesia untuk mengebuvmikan jen44azah pelakon itu di sana. Perkara berkenaan dinyatakan dua orang adik perempuan Benjy menerusi hantaran dalam Twitter sebentar tadi yang memaklumkan urusan pengebuvmian akan dijalankan esok. Adik bongsunya, Inessa Irdayanty menerusi satu kenyataan berkata, kakaknya iaitu Elza Irdalynna menerima perkhabaran duka tentang pemergian Benjy daripada pihak penjara Medan pagi tadi.

“Kakak menerima panggilan daripada pihak penjara Medan pagi tadi memberitahu bahawa Benjy tidak dapat bernafas dan sakit tenat akibat asma sekitar pukul 11 pagi waktu Malaysia. Dia telah dibawa ke rumah sakit di sana tetapi tidak sempat diselamatkan,” tulisnya.

Tambah Inessa, arwah abangnya itu telah lama menghidap peny4akit kr0onik aasma dan paru-paru serta kerap keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu.

“Kami sekeluarga mengizinkan pihak penjara Medan mengebuvmikan jasad a4arwah di sana. Urusan pengebuvmian akan dijalankan esok. Kami amat berterima kasih dan terharu atas bantuan serta sokongan yang telah diberi oleh semua pihak selama ini. Harap maklum bahawa Benjy turut menghargai anda semua,” katanya lagi. Sementara itu, Elza menerusi ciapan Twitter memuat naik gambar lama abangnya bersama a4rwah ibu mereka, Azean Irdawaty dengan kaspyen meruntun jiwa.

“Teruskan teman mama sekarang, Ben,” tulisnya ringkas. Sebentar tadi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Benjy yang disahkan meni1ngga4l dunia di sebuah hospital di Medan akibat penyakit 4asma.

Berita pemergian anak sulung kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi. Kehilangan Benjy turut diratapi rakan pelakon lain seperti Noorkhiriah, Jasmin Hamid, Shaheizy Sam, Adam Corrie, Shuib Sepahtu dan Azza Elite yang mengucapkan salam takziah buat arwah serta keluarganya.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*