Connect with us

Islamik

“Tidak Akan Masuk Syurga Jika Menyakiti Hati Jiran Tetangga.”

Published

on

TIDAK MASUK SYURGA JIKA MENYAKITI HATI JIRAN
Konsep kejiranan dalam Islam meliputi juga jiran yang tinggal jauh. Muslim atau bukan Muslim dan bukan keluarga.. Orang yang tinggal serumah dengan kita , orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dan orang yang satu negeri juga dikira jiran dalam Islam.

Menurut Jabir , Rasulullah SAW mengkategorikan jiran kepada tiga iaitu:

1. jiran yang mempunyai 3 hak.
2. jiran yang mempunyai 2 hak
3. jiran yang mempunyai 1 hak

Jiran yang mempunyai 3 hak ialah jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

3 hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah:

Hak sebagai orang Islam
Hak sebagai jiran
Hak sebagai keluarga
Jiran yang mempunyai 2 hak pula ialah:

Hak jiran Muslim
Hak sebagai seorang jiran
Sementara jiran yang mempunyai 1 hak ialah:

1. Kafir Zimmi iaitu orang kafir yang berada dalam naungan Islam ( satu hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah hak jiran semata-mata)

HAK JIRAN

Apakah hak jiran?

Baginda bersabda: Tahukah kamu apakah hak jiran itu?

Jika ia meminta tolong maka hendaklah kamu menolongnya
Jika dia susah hendaklah kamu bermurah hati membantunya
Jika dia sakit maka hendaklah kamu merawatnya
Jika dia mati, hendaklah kamu menghantar jenazahnya kepusara ( kubur )
Jika dia mendapat kebaikan hendaklah kamu turut gembira bersama-samanya dan
Jika dia mendapat kesusahan hendaklah kamu turut berasa susah
‘Perlu di ingat jangan meninggikan bangunan rumahmu sehingga menahan angin kerumahnya, melainkan dengan izinnya, Jangan menganiaya atau mengacaunya.

Jika kamu membeli buah2an berilah sedikit kepadanya.Jika kamu enggan memberi maka hendaklah kamu membawa masuk kerumah dengan tidak menampakkannya kepada mereka.Jangan membenarkan anak2 kamu memakannya diluar rumah sehingga menimbulkan kemarahan anak-anaknya.

Jangan mengganggu mereka dengan bau periuk kamu ( makanan yang sedang dimasak ) kecuali jika kamu memang berniat untuk memberikan kepada mereka sedikit.

Tahukah kamu hak jiran? Demi jiwaku yang berada didalam genggamanNya . tiada siapa yang mampu memenuhui hak seorang jiran, kecuali orang yang telah mendapat rahmat daripada Allah swt”

Berdasarkan maksud sabda Rasulullah:

Ada 12 hak jiran yang mesti diberi keutamaan. Hak itu adalah tuntutan yang bukan saja menjadi ibadat jika dilakukan kerana Allah dan Rasul-Nya tetapi mampu untuk membentuk budi pekerti mulia dan menyelamatkan seseorang Muslim daripada api neraka.

Abu Hurairah r.a. menerangkan perkara ini pernah diberitahu kepada Rasulullah saw mengenai seorang perempuan yang bersembahyang pada waktu malam dan berpuasa pada waktu siang.

Malangnya , lidahnya jahat selalu menyakiti jirannya , maka Rasulullah bersabda‘ Tidak ada kebaikan kepada wanita itu dan tempatnya adalah neraka.

Sesungguhnya kebahagiaan adalah dambaan setiap insam yang menghuni dunia ini. Oleh itu setiap insan berusaha untuk mencari dan mendapatkan apa yang dicita-citakan ( kebahagiaan dengan pelbagai cara )

Namun ketahuilah tidak semua insan mampu mencapai impian nya itu atau memperolehi kebahagiaan yang dicari selama mana yang diimpi-impikan.

Lalu dimanakah letaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak , harta yang melimpah , Emas yang bertimbun, atau pada pangkat yang tinggi kedudukan taraf bangsawan atau juga duduk dirumah banglo yang besar..?

Dalam hadis Rasulullah saw ia bersabda yang bermaksud:

Ada empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia:

Memiliki perempuan ( isteri ) yang solehah.
Rumah yang Indah ( luas dan besar )
Jiran yang baik
Kenderaan yang bagus- ( Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Berdasarkan hadis ini ada 4 perkara utama atau kunci jika ia dimiliki oleh seseorang dan pasti dia akan merasai nikmat bahagia itu.

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama ialah kerana faktor kebahagiaan seseorang dia akan merasai kebahagiaan berlandaskan kepada isteri yang solehah kerana dia akan memberikan ketenangan kepada suami.

Rumah ibarat syurga jika dihuni dan memiliki isteri yang solehah. Antara sifat2 isteri solehah ialah:

1. Hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran
2. Melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat
3. Memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami
4. Mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi
5. Bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga
6. Menjaga rahsia rumah tangga dan harta suami
7. Tidak keluar rumah tanpa izin suami..dll

Allah swt melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah menerusi firmannya. dalam surah an-Nisa’ ayat 34:

‘ Maka perempuan2 yang baik ( solehah ) itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya ) dan yang memelihara ( kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya ) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya‘

Demikian juga halnya dengan soal bagaimana kebahagiaan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya ia mestilah disertai dengan hati yang tenang dan damai. Hati tidak akan tenteram walaupun rumah itu luas dan besar jika penghuninya tidak jujur terhadap ahli keluarganya.

Ibnu Abbas mengemukakan 2 ciri khas pengertian as-solehah.
1. Berperilaku baik , berakhlak mulia, bersopan santun terhadap keluarga dan jiran
2. Patuh dan jujur serta melakukan perbuatan kebajikan semata2 kerana Allah.

Begitu juga halnya dengan rumah. Jika rumah di ibaratkan istana maka suami adalah raja isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga , manakala anak-anak adalah rakyatnya. Jiran yang baik pula menjadi faktor utama kebahagiaan.

Seseorang akan merasa amat bahagia jika mempunyai jiran yang baik , berbudi pekerti , murah hati dermawan saling menghormati , bertimbang rasa ,suka menolong, bertolak ansur dan memberi perhatian.
Jiran yang baik ia tidak akan memberikan sebarang gangguan sama ada melalui perbuatan mahu pun lisan ( ucapan ) tidak irihati dengan kelebihan yang kita miliki.

Malah jiran yang baik akan tumpang gembira serta mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita perolehi dan rela menghulurkan bantuan serta pertolongan apabila kita ditimpa kesusahan.

Oleh itu sekiranya kita mempunyai jiran yang baik maka kita haruslah memiliki sifat2 sedemikian kepada mereka ( orang lain ) yang menjadi jiran supaya mereka turut merasa bahagia seperti mana kira merasai.

AKHLAK YANG MULIA PALING BERAT TIMBANGANNYA
KEMULIAAN akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw. Bermaksud: ‘ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ’

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang. Jika sekiranya akhlak nya buruk maka ia tidak dikira orang yang beriman. Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 177.

‘ Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka kepihak timur dan barat ,tetapi kebajikan itu adalah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat . dan segala malaikan dan segala kitab dan sekelian nabi dan mendermakan nya seseorang akan hartanya sedangkan dia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba abdi.

Rasulullah pernah ditanyamengenai apa kah itu agama? Bagnda menjawab ‘ Kemuliaan akhlak “ Husnul Khuluq “ Apabila ditanya mengenai kejahatan, Baginda menjawab “ Akhlak yang buruk “ Su’ul Khuluq “

Akhlak mulia yang dimiliki seseorang adalah amalan yang paling berat dalam timbangan pada hari khiamat nanti .Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah saw bersabda:

“ Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba pada hari khiamat selain akhlak yang baik “ Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Dalam Islam akhlak yang mulia lahir daripada pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini tinggallah ibadat sebagai upacara dan gerak geri yang tidak memiliki nilai dan tidak membawa sebarang faedah

PENUHI HAK JIRAN BERI KELAPANGAN KEPADA TETANGGA
Jiran atau tetangga ada lah orang pertama yang mengetahui dan merasakan kebaikan dan juga gangguan kita. Kerana itu adab mulia berjiran sangat ditekankan dalam syariat Islam.

Memenuhi hak jiran yang pintu rumahnya lebih dekat dengan rumah kita diutamakan berbanding yang jauh. Daripada Saidatina Aisyah dia berkata “ Wahai Rasulullah , saya mempunyai 2 jiran yang mankah lebih aku berikan hadiah terlebih dulu? Baginda menjawab: Yang lebih dekat dengan pintu rumahmu ( Hadis riwayat Bukhari )

Begitu pentingnya memuliakan jiran tetangga sehingga Jibril mewasiatkan secara khusus hal itu. Daripada Saidatina Aisyah , Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: Jibril sentiasa mewasiatkan ku untuk berbuat baik terhadap jiran sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris. ( Hadis riwayat Bukhari )

Adab Islam menganjurkan untuk memberi perhatian kepada jiran tetangga

Nabi Muhammad saw bersabda .. “ Wahai wanita muslimah ..janganlah antara jiran yang satu dan lainnya saling meremehkan walaupun hanya dengan memberi kaki kambing “ ( Hadis riwayat Bukhari )

Sekecil mana pun pemberian untuk menunjukkan perhatian dan hubungan social tidak boleh dianggap ringan. Islam juga menetapkan siapayang mengaku pernah beriman kepada Allah dan hari khiamat , janganlah mengganggu jiran tetangganya

Daripada Abu Syuraih bahawa Nabi Muhammad saw bersabda “ Demi Allah tidak beriman ditanyakan kepada baginda. Siapa yang tidak beriman wahai rasulullah ? baginda bersabda:

Iaitu orang yang jiran tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya. ( Hadis riwayat Bukhari )

Islam juga menganjurkan memberi kelapangan bagi jiran tetangga dan memperhatikan hal-hal kecil yang menjadi keperluan mereka. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda “ Janganlah seseorang melarang jiran tetangganya untuk menyandarkan kayunya didinding rumahnya, jangan sampai aku melihat kamu menolak ketentuan hukum ini, Demi Allah , kalau sampai terjadi, akan aku lemparkan kayu itu menimpa bahu kamu “
( Hadis riwayat Bukhari )

Oleh: Isma Abadi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Published

on

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Ada orang penat kerana kerja seharian, ada yang penat belajar, bahkan ada yang penat kerana tengah sarat mengandung. Dan macam-macam lagi jenis kepenatan yang dirasai oleh kita. Lain orang pasti lain pengalamannya dan ujian yang perlu ditempuh.

Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah kerana diri sendiri, agama dan juga untuk Allah, pasti akan ada ganjaran yang Allah berikan. Sedarkah anda, setiap kepenatan dan peluh yang dilalui itu ada jenisnya yang disukai Allah? Ada diceritakan melalui beberapa dalil mengenai jenis kepenatan yang disukai Allah, antaranya;

1. Penat Dalam Mengajak Kepada Kebaikan

Dalam kita menegur atau berdakwah ke arah kebaikan, tidak semua orang suka kepadanya. Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan apa yang kita sampaikan.

Jangan berputus asa! Yang paling penting ialah kita sendiri yang perlu sentiasa sabar dan terus berdakwah ke arah kebaikan. Walau kita penat kerana apa yang dilakukan itu kadang-kadang sehingga boleh menimbulkan kecaman, namun percayalah setiap usaha yang dilakukan amatlah disukai Allah.

Mafhum: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Dalam Beribadah

Hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Ada masa-masanya mungkin perasaan suka akan beribadat itu boleh diganti dengan perasaan yang lesu dan lemau. Apabila berada dalam situasi ini, salah satu sebabnya adalah kerana penat. Penat dalam beribadah ialah penat yang disukai Allah. Kerana kita telah meletakkan tenaga kita kepadaNya.

Jangan risau. Perasaan itu boleh sembuh jika kita tidak memaksa. Cuba untuk berehat dan cari balik motivasi untuk beribadah.

Mafhum: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusu anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka. Betapa hebatnya wanita sehingga Allah memberi kekuatan kepada mereka sedemikian rupa.

Kepenatan yang dialaminya itu merupakan salah satu perkara yang disukai Allah kerana ia adalah pengorbanan yang luar biasa yang dilakukan untuk melahirkan khalifah di muka bumi. Hatta, ibu bapa yang penat membesar dan mendidik anak juga akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai.

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Dalam Mencari Nafkah

Mencari nafkah dan rezeki itu adalah perkara yang dituntut bahkan ia adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama ada yang bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam atau yang bekerja secara shift, semuanya pasti ada kepenatan sendiri yang perlu dilalui.

Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Mafhum: “Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

5. Penat Dalam Menuntut Ilmu

Apabila kita lihat cabaran-cabaran yang dilalui mahasiswa hari ini, ujiannya adalah pelbagai. Ditambah pula dengan episod COVID-19 yang perlu dilalui. Ada yang berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, ada yang perlu menghabiskan wang untuk keperluan pelajaran dan sebagainya.

Itu semua adalah asam garam dalam belajar. Kepenatan ini, jika ia membuahkan hasil suatu hari kelak pastinya akan membuatkan anda mampu mengukir senyum lebar dan merasa berbaloi dengan kesusahan yang dialami itu.

Mafhum: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6. Penat Dalam Urusan Keluarga

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun kakak atau abang merupakan salah satu amanah yang perlu dijalankan dengan baik. Tidak semestinya tugas menjaga keluarga itu jatuh di atas bahu orang tua sahaja, namun juga kepada anak-anak.

Setiap keluarga itu pasti mempunyai ombak dan badai yang perlu diharungi. Bukan hari-harinya disinari pelangi. Justeru, walau penat menjengah, jangan pernah berputus asa dengan ujian itu.

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Continue Reading

Trending