Timbul Merah-Merah Di Sekitar Mulut Dan Hidung, Bahaya Ke, Apa Punca Terjadi?

Penyakit dermatitis perioral, sejenis kondisi kulit yang menimbulkan ruam di sekitar mulut. Dermatitis merujuk kepada masalah kera4dangan kulit dan dan perioral yang membawa maksud di sekitar mulut. Masalah ini sering berlaku kepada wanita yang berusia 16 hingga 45 tahun, dan jarang pula terjadi kepada lelaki serta kanak-kanak.

Ruam yang timbul dikawasan mulut, mata dan hidung ini mempunyai ciri fizikal kulit yang menggerutu atau bersisik. Dalam sesetengah kes, dermatitis perioral mungkin hanya kesan lebam dan ada juga yang mengalami benjolan yang membentuk ruam yang ketara. Sekali pandang, ia nampak seakan jerawat.

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan ruam ini terjadi. Namun punca yang paling popular adalah penggunaan steroid topikal pada kulit yang mungkin ada dalam produk kosmetik dan juga penggunaan spray hidung yang mempunyai steroid. Faktor lain yang boleh mencetuskan kondisi ini adalah seperti:

  • Drooling (lelehan air liur) yang berterusan
  • Ubat gigi berfluorinasi
  • Pil pencegah kehamilan
  • Krim pelindung matahari
  • Rosacea
  • Jangkitan bakteria atau kulat

Untuk merawat masalah ini, anda boleh mula mengentikan penggunaan krim steroid topikal, atau semburan hidung yang mempunyai steroid. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda memang perlu menggunakan ubat yang mengandungi bahan berkenaan. Berikut pula antara ubat yang mungkin dicadangkan doktor bagi tujuan merawat masalah ini:

  1. Ubat antibiotik topikal, seperti metronidazole dan eritromisin.
  2. Krim imunosupresif, seperti krim pimecrolimus atau tacrolimus.
  3. Ubat jerawat topikal, seperti adapalene atau asid azelaic.
  4. Antibiotik oral; doxycycline, tetracycline, minocycline, atau isotretinoin, untuk kes yang lebih teruk.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*