Connect with us

Petua Berguna

Ibu Bapa Jangan Sesekali Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Ini Sebabnya

Published

on

Ibu Bapa Jangan Sesekali Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Ini Sebabnya

Banyak petua orang dulu-dulu yang masih menjadi amalan sehingga ke hari ini, meskipun ada yang tidak ditentu sahkan keberkesanannya dari sudut sains dan kesihatan. Antaranya, petua memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji sebagai tambahan kepada susu anak-anak.

Menerusi satu perkongsian oleh Dr Imelda Balchin, amalan memberikan air kanji kepada bayi adalah tidak digalakkan sama sekali kerana air daripada rebusan nasi ini hanyalah mempunyai karbohidrat dan tidak cukup protein buat bayi membesar dengan sihat.

Berikut merupakan perkongsian beliau:

Jangan laaa bagi baby minum air rebusan nasi atau air kanji. Ini petua orang tua-tua pada zaman dulu. Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang. Kita kena faham,

  1. Zaman dulu, kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari zaman sekarang. Zaman dulu, ibu-ibu bersalin di rumah tanpa bidan bertauliah. Punca utama kematian ibu bersalin zaman dulu ialah pendarahan yang tidak terhenti semasa dan selepas bersalin. Bila ibu meninggal dunia dan tiada ibu susuan lain, mana depa nak cari susu formula? Kalau bagi susu lembu atau susu kambing, bayi akan dapat sakit perut, cirit-birit dan demam, sebab bayi manusia susah nak hadamkan protin dari susu lembu dan kambing. Protin yang susah hadam ini juga membebankan buah pinggang bayi yang masih belum cekap dan akibatnya ramai bayi zaman dulu pun sakit atau meninggal dunia. Jadi zaman dulu, depa terpaksa bagi air kanji.
  2. Zaman dulu, jika ibu-ibu yang mengalami pendarahan yang teruk ini hidup, mereka sangat lemah, sebab zaman dulu tak ada transfusi darah. Ibu-ibu yang kekurangan darah yang teruk ini tak boleh bangun dan badan tak boleh buat susu sehingga kuat semula. Sebab itu mereka tiada pilihan, mereka bagi bayi minum air kanji. Mereka tak bagi ibu bangun, dan ibu kesejukan kena pakai setokin. Bila kekurangan darah, kita kena tahu saluran darah ke kaki akan menguncup untuk mengalihkan darah ke organ-organ ibu yang penting. Sebab itu lah kaki ibu-ibu yang bersalin di zaman dulu sangat sejuk dan kena pakai setokin kerana mereka ada lebih masalah kekurangan darah.
  3. Zaman dulu, ada banyak pantang larang untuk ibu-ibu baru bersalin. Mereka yang bersalin di rumah zaman dulu ada lebih masalah obstetric fistula, iaitu koyakan teruk yang menyebabkan ada lubang di antara pundi kencing dan vagina. Sebab itulah bila mereka minum, air dari pundi kencing yang bocor boleh meleleh keluar ke vagina. Sebab itu lah zaman dulu depa kata kalau minum air banyak selepas bersalin, boleh dapat becak, basah, busuk, rahim kembang. Sebab itu lah zaman dulu, orang tua tak bagi ibu yang baru bersalin minum, sebab ramai ibu di zaman dulu dapat obstetric fistula. Jika ibu tak minum, tak boleh buat susu. Sebab itulah depa terpaksa bagi bayi minum air kanji.

Zaman sekarang, ibu-ibu bersalin di Hospital, kami pastikan pendarahan berlebihan dihentikan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Ada ibu, ada susu ibu. Zaman sekarang, Ibu yang lemah sebab kekurangan darah akan ditambah balik darah ibu dengan transfusi darah, supaya kuat semula dengan cepat sebelum pulang ke rumah. Ibu sihat, ada susu ibu.

Zaman sekarang, kami tak benarkan masalah obstetric fistula ini berlaku lagi. Kami tak benarkan ibu melalui proses labour terlalu lama berhari-hari dan kami tak benarkan ibu teran terlalu lama berjam-jam. Jika susah nak bersalin, kami buat pembedahan Caesar, atau kami bantu dengan vacuum. Jika koyak, kami jahit semula. Kami tak benarkan ibu-ibu dapat obstetric fistula seperti zaman dulu dan seperti yang masih lagi berlaku kepada 140 ribu ibu setahun di benua Afrika di zaman sekarang. Kami akan pastikan yang ibu-ibu selepas bersalin TIADA becak, dan boleh kencing dengan betul, melalui saluran kencing yang betul, sebelum dibenarkan pulang ke rumah dari Hospital. Jadi ibu-ibu yang bersalin di zaman sekarang, digalakkan minum air dengan cukup supaya tidak kehausan dan boleh buat susu ibu banyak-banyak.

Kami galakkan ibu-ibu supaya kerap menyusukan bayi supaya meningkatkan produksi susu badan. Kami tak bagi ibu pantang makanan berkhasiat di Hospital supaya boleh buat susu ibu. Jika ibu sakit dan tak boleh buat susu, baru bagi bayi tambahan susu formula, bukan air kanji dan bukan susu lembu atau susu kambing.

Kenapa tak boleh bagi air kanji? Sebab air kanji hanya karbohidrat, tak cukup protin untuk bayi membesar. Sebab inilah di Indonesia di mana masih ramai yang masih mengamalkan air kanji untuk bayi ada masalah pembesaran bayi yang TERBANTUT. Sebab inilah kerajaan Indonesia membuat kempen AIR SUSU IBU untuk rakyat Indonesia, semoga berhenti memberi air kanji kepada bayi.

Nak bagi air kanji atau bubur nasi, boleh bagi selepas umur 6 bulan sebagai makanan pelengkap.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua. Yakin lah dengan perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan doktor-doktor perubatan Malaysia. Dengarlah nasihat kami. Kami hanya mahukan kesihatan yang terbaik untuk ibu-ibu dan bayi.

Petua Berguna

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Published

on

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan perkakas yang menjadi satu keperluan asas semua orang. Ia sangat membantu daripada segi pemanasan makanan. Microwave bukan saja memudahkan kerja tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Namun, terdapat perbincangan menyatakan penggunaan microwave boleh mengurangkan nutrisi dan menyebabkan kanser, menjadikan kita takut nak pakai. Sejauh mana, kebenaran dan kepercayaan itu? Jom baca lebih lanjut.

Kajian menyatakan bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.

Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.

Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Harap article ini buat korang lebih faham tentang tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh memperbetulan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang dibualkan selama ini, sememangnya tidak benar. Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser.

kredit syok

Continue Reading

Petua Berguna

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Published

on

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Bau mulut biasanya berpunca daripada bakteria yang berada dalam mulut kita. Namun, menurut kajian yang diambil daripada Boldsky.com, penyakit yang dialami juga menyebabkan punca kepada bau mulut.

  1. Bau Seperti Kotoran
    Berkemungkinan gusi korang mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut. Bakteria ini muncul disebabkan korang kurang membersihkan gigi menggunakan flos.
  2. Bau Hamis
    Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut berbau hamis. Jika korang berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal.
  3. Bau Seperti Mulut Kering
    Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.
  4. Bau Busuk
    Jika mulut berbau seperti daging yang busuk, berkemungkinan ada masalah dengan tonsilitis. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang dan menghasilkan bakteria anarob. Bakteria itu kemudiannya akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.
  5. Bau Seperti Susu Lama
    Mulut berbau seperti susu lama terjadi apabila kita melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet makan tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan korang.
  6. Bau Seperti Kapur Barus
    Mungkin disebabkan sinus. Ini kerana lendir ketika hidung korang tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.
  7. Bau Seperti Buah Pear
    Berkemungkinan menunjukkan bahawa korang mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana kekurangan insulin dalam badan, menyebabkan bau seperti itu.

Segera dapatkan pemeriksaan daripada yang pakar untuk mengetahui tahap kesihatan anda ya!

Continue Reading

Petua Berguna

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Published

on

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

Continue Reading

Trending