Tragedi Di Pusat Vaksin, Suami Tak Dapat Temankan Isteri Sekali Terjumpa Di Pusat Vaksin Dengan Girlfriend

Siapa sangka janji temu suntikan vaksin menjadi asbab seorang suami kantoi dengan kecurangannya terhadap isteri. Itulah yang berlaku baru-baru ini di mana seorang wanita mendapati suaminya curang selepas melihat sendiri tindak tanduknya di depan mata.

Menurut laporan, wanita tersebut dijadualkan menerima vaksin pada hari tersebut namun suaminya berkata dia tidak dapat menghantar ke tempat vaksin kerana ada urusan lain. Wanita itu kemudian mengajak adiknya untuk menemaninya mengambil suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin yang telah ditetapkan.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila setibanya di sana, dia ternampak suaminya juga berada di situ menemani perempuan lain untuk mendapatkan vaksin. Menurut akaun Instagram @peristiwa_sekitar_kita (caption telah di edit semula) yang memuat naik video ketika kejadian, disebabkan kantoi bersama skandalnya, si suami telah diserang oleh isteri dan adik iparnya.

Romantika Covid-19, seorang suami mengatakan tidak boleh menghantar isterinya mengambil vaksin pada hari yang sudah ditentukan.” Eh di tempat vaksin itu ternyata sang suami datang bersama ‘yang muda’ lalu terjadilah perang.”

Melalui video itu, lelaki tersebut dilihat melindungi wanita terbabit dengan menjauhkannya daripada isteri dan adik iparnya beberapa kali ketika dilemparkan kerusi. Petugas kesihatan di pusat vaksin tersebut hanya melihat tempat itu bertukar menjadi ‘medan perang’ dalam keadaan terpinga-pinga.

Menurut Yahoo News, beberapa individu yang sedang menunggu giliran untuk divaksin hanya menonton insiden terbabit dan tiada pihak yang cuba berusaha meleraikan pergaduhan itu.

Tidak dinyatakan di mana lokasi sebenar kejadian tersebut namun video itu kini viral di media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menonton. Ada yang berpendapat kejadian tersebut sudah seperti dalam drama dan segelintir netizen berseloroh dengan berkata tidak pasal-pasal kerusi menjadi mangsa balingan.

kredit lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*