“Trend” Sekarang Sedang Melanda Anak Muda Di Ch1na, Ubah Telinga Jadi Besar Macam Pari-Pari, Rupanya Ini Alasannya

Sejak bertahun-tahun lamanya, telinga besar yang sering dilihat pada watak pari-pari dalam filem dianggap sebagai kecacatan. Namun, keadaan sudah berubah apabila ia menjadi kegilaan segelintir generasi muda di Ch1na untuk mempunyai bentuk telinga seperti itu, lapor New Y0rk Post.

Di negara berkenaan, ramai wanita menjalani pembedahan plastik yang berisiko untuk mendapatkan bentuk telinga sedemikian. Bagaimanapun, mereka tidak mahu telinga itu kelihatan seperti telinga pada watak pari-pari, Legolas dalam filem francais pecah panggung, Lord Of The Rings.

Namun, mereka hanya mahu membesarkan telinga kerana beranggapan muka akan kelihatan lebih kurus dan menarik. “Hasilnya sangat jelas. Kamu boleh melihat telinga saya dari depan dan keseluruhannya, wajah saya nampak lebih menarik,” kata Song Yao, pemilik kedai pakaian dari Hangzh0u.

Dia sanggup membelanjakan AS$1,560 (RM6,500) untuk mengubah telinganya dan mengikut trend terkini yang dilihat pada sesetengah selebriti di Ch1na. Seorang pakar perubatan di Pusat Perubatan Kosmetik Ga0shang di Guangzh0u, Dr Yu Wenlin berkata, dia sedar bahawa ramai anak muda berusaha mendapatkan telinga seperti itu.

“Ia selepas saya membantu seorang selebriti Internet melakukannya pada awal tahun lalu. Kemudian, semakin ramai yang datang berjumpa saya selepas itu,” katanya. New-Y0rk Post melaporkan, Dr Yu melakukan kira-kira enam pembedahan berkenaan setiap hari.

Prosedur mendapatkan telinga besar ini biasanya membabitkan suntikan asid hialuronik yang menjadikan telinga semakin tebal. Kemudian tulang rawan dimasukkan bagi menolak telinga ke depan sehingga ia boleh dilihat dengan jelas.

Telinga yang jelas kelihatan dianggap sebagai simbol tuah di Chi1a. Pembedahan telinga seperti itu menjadi tular di negara berkenaan dengan ramai yang menonton video mengenainya di media sosial. Namun, amalan itu mengundang kritikan daripada pengguna serta pakar perubatan di negara itu.

kredit harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*