Connect with us

Uncategorized

Tular Surat Memberi Sokongan Kepada Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir Gagal Hubungi Dr Maszlee

Published

on

Tular Surat Memberi Sokongan Kepada Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir Gagal Hubungi Dr Maszlee

KUALA LUMPUR: Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber yang rapat dengan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu Astro AWANI, jika benar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan.

Ini kerana Anwar ketika sidang media pada 23 September lepas memaklumkan ahli Parlimen yang mewakili Pejuang tidak ada dalam senarainya.

Sumber itu juga memberitahu, Pejabat Dr Mahathir berusaha menghubungi Maszlee untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu, namun bekas Menteri Pendidikan berkenaan gagal dihubungi.

“Sehingga kini, Maszlee masih gagal dihubungi oleh pejabat Tun Mahathir untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Maszlee memberi sokongan kepada Anwar tular di media sosial lewat petang Sabtu.

Menerusi surat itu Mazlee didakwa menyatakan beliau ikhlas memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan Maszlee berhubung perkara berkenaan juga masih belum berhasil.

Maszlee dan pegawainya juga tidak membuat sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan perkara berkenaan.

Uncategorized

Ibu Pu kul Anak Sanggup Biarkan Anak M4ti Sambil On9 dan Main Game

Published

on

Ibu Pu kul Anak Sanggup Biarkan Anak M4ti Sambil On9 dan Main Game

Masih ingat tak tr4gedi yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meningg4l dunia pada tahun 2017 di Liskeard, Cornwall UK.

Kanak-kanak tersebut dipu kul oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga menghembuskan n4fas ter4khirnya di atas katil. Keceder4an yang dialaminya amat te ruk dan z4lim sekali seakan mengalami kem4langan jalanraya.

Menurut laporan dari American Web Media, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Eve Leatherland dikatakan mengalami keret4kan pada bahagian kep4la dan pat4h tul4ng ru suk.

“Hasil bed4h siasat yang dilakukan mendapati Eve mengalami keret4kan pada kep4la dan p4tah tul4ng ru suk. Lebih menyedihkan apabila anak mal4ng itu dikatakan telah sengaja dibiarkan naz4k di atas katil sampai meningg4l dunia,” – American Web Media

Korang mesti kehairanan di manakah keberadaan ibu bapa budak ini, kan?

Mereka sewaktu itu dikatakan sedang bermain game dan asyik berbual dengan rakan-rakannya di media sosial, Facebook.

Lantaran itu, ketika mereka dibawa ke bilik mahk4mah, juri mendengar akan perilaku buruk terhadap ibu bayi kanak-kanak itu.

Prof David Mangham yang merupakan seorang pakar Histopatologi memaklumkan kepada juri bahawa beliau menemukan bukti dimana Eve sekurang-kurangnya telah diser4ng sebanyak 3 kali sehingga mengalami keceder4an te ruk kepada kanak-kanak itu.

Justeru itu, beliau juga menggambarkan bagaimana bayi kecil itu menderit4 disebabkan pat4h 12 tul4ng ru suk, pat4h 2 tul4ng tengkor4k dan keceder4an dalam4n lain.

“Ketika kanak-kanak itu sedang n4zak, Leatherland dan Curd menonton tv, bermain permainan video, saling menghantar teks pesanan dan berbual dengan orang lain di Facebook,” katanya.

Sementara itu, Sean Brunton iaitu peguam pendakwa memberitahu hakin bahawa Eve dibu nuh di kediamannya sendiri dan mendapati mengalami keceder4an yang digambarkan oleh pakar perubatan sebagai jenis keceder4an yang sering dikaitkan dengan kemal4ngan jalan raya.

Namun keceder4an ini lebih men gerikan kerana mungkin banyak lagi keceder4an yang dialami oleh anak tersebut sebelum ini. Bayi ini juga telah diberikan begitu banyak ub4t sehingga dia meningg4l, sama ada dia diberi ub4t selama beberapa hari untuk cuba menyembunyikan kesan daripada keceder4an teruk yang dialami atau satu dos banyak dalam beberapa jam sebelum dia meningg4l, kita tidak dapat mengatakannya dengan tepat.

Sehubungan itu, Abigail Leatherland, 27, dan Tom Curd, 32, didakwa membu nuh anak mereka iaitu Eve Leatherland, namun begitu mereka meng4ku tidak bersal4h.

Menurut laporan Metro.co.uk pada 16 November 2019, sehingga tarikh itu Abigail dihu kum penj4ra 3 tahun atas kesalahan membiarkan anaknya m4ti, manakala Curd dihu kum penj4ra minimum 20 tahun atas kesalah4n membu nuh.

Continue Reading

Uncategorized

Conteng Papan Tanda Gara-Gara Berang Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaaan, 2 Lelaki Menyerah Diri

Published

on

Conteng Papan Tanda Gara-Gara Berang Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaaan, 2 Lelaki Menyerah Diri

GEORGE TOWN – Dua lelaki ditahan polis dipercayai selepas bertindak menconteng papan tanda jalan di beberapa kawasan pusat bandar ini gara-gara berang tidak menggunakan bahasa kebangsaan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30 dan 40-an itu ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 9.30 malam tadi.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas polis menerima maklumat berkaitan perbuatan lelaki terbabit daripada orang awam.

“Hasil soal siasat ke atas mereka mendapati punca sebenar perbuatan itu adalah disebabkan tidak berpuas hati dengan penggunaan bahasa pada tulisan papan tanda jalan yang sepatutnya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan.

“Kedua-dua lelaki terbabit telahpun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangan selesai diambil malam tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit sebelum merujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 427/Seksyen 505(c) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Continue Reading

Uncategorized

“Dia Baik, Saya Sayang Dia Kerana Allah. Berpisah Tak Semestinya Kita Gaduh Dan Saling Membenci”

Published

on

“Dia Baik, Saya Sayang Dia Kerana Allah. Berpisah Tak Semestinya Kita Gaduh Dan Saling Membenci”

Pelakon Nonny Nadirah menyifatkan pembatalan majlis perkahwinannya dengan Niezam Zaidi tidak berakhir dengan tragedi.

Malah, perpisahan mereka berlangsung secara murni dan kedua-duanya masih bersahabat.

“Kita kena hormat keputusan kedua-dua belah pihak. Berpisah tak semestinya kita gaduh dan saling membenci, kami masih berkawan baik.

“Mungkin jodoh kami lebih kpd berkawan daripada menjadi pasangan.

“Dia baik, saya sayang dia kerana Allah dan saya nak tengok dia bahagia dunia dan akhirat. Teruskan menyokong kami dan doa yang baik-baik ya,” tulis Nonny di Instagram.

Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga menitipkan kata-kata nasihat buat mereka yang pernah berpisah dengan pasangan seperti yang dialaminya.

“Allah hantar semua orang yang baik-baik dengan kita. Jangan pernah salahkan bekas pasangan kita. Jangan. Kita sendiri yang perlu perbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik kerana Allah.

“Dalam hidup ini, kadang-kadang kita suka, tapi Allah tak suka. Kadang-kadang kita tak suka, tapi Allah suka. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, dengan semua orang dan dalam apa jua keadaan. Belajar untuk melepaskan. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita,” tulisnya.Kenyataan itu turut disertakan dengan video pendek berdurasi 52 saat menggambarkan rasa syukur Nonny kerana dikurniakan dua sahabat iaitu Heliza Helmi dan Mila Jirin.

Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan punca mereka berpisah.

Continue Reading

Trending