Tular Wanita Ada Perangai Pelik Makan Beras Mentah, Pakar Dedah Sebab Utama

Baru-baru ini, tular di Tiktok @andin1203 apabila beliau berkongsi ketagihannya yang cenderung makan beras yang masih mentah. Menerusi video itu, dilihat tabiat tersebut ibarat sudah menjadi makanan asas buat dirinya. Boleh dikatakan seperti makan snek atau jajan, gadis itu menguyahnya sambil bermain telefon bimbit. Jika diamati, mungkin hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai tingkah laku pelik itu di seluruh dunia.

Merujuk laman web medicalnewstoday.com, dari segi saintifik dan perubatan, tingkah laku berkenaan adalah salah satu gangguan kesihatan yang disebut sebagai pica. Pica merupakan gangguan makanan yang dicirikan oleh tingkah laku makan yang bukan semula jadi. Objek yang akan dimakan itu juga tidak biasa untuk ukuran normal manusia.

Menurut webmd.com, selain makan beras, orang yang menderita pica juga memakan makanan yang tidak boleh dimakan seperti tanah, kapur, kertas, dan barang-barang bukan makanan lain yang boleh membahayakan jika dimakan dengan kerap.

Pada masa sama, seperti yang dilaporkan oleh alodokter.com, gangguan pica berlaku kerana pelbagai kemungkinan. Ada yang mengalaminya kerana mereka ingin merasakan tekstur makanan atau benda di mulut mereka, tetapi terdapat juga kes disebabkan individu tersebut kekurangan zat vitamin dan mineral (zink).

Selain itu, gangguan kesihatan mental juga boleh menjadi faktor gangguan tersebut terutama mereka yang menderita penyakit obsesif kompulsif atau skizofrenia. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, ramai yang mengakui turut mempunyai tabiat yang sama. Pun demikian, mereka menasihati si pelaku agar menghentikan ketagihan berkenaan kerana pernah merasai kesannya.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*