Ulser Perut Ramai Takt Ahu, Ingat Sakit Biasa, Rupanya Sangat Bahay4, Ini Tanda-Tanda Yang Perlu Anda Tahu

Kita mungkin biasa mendengar atau merasai sendiri peny4kit ulser bibir atau mulut yang terjadi. Ia boleh diubati dengan ubat yang terjual di farmasi. Namun pernahkah anda mendengar peny4kit uvlser perut? Uvlser perut merupakan antara peny4kit pada sistem penghadaman manusia yang terjadi akibat daripada jangkitan bakteria jenis Helicobacter pylori. Pes4kit yang terkena jangkitan Helicobacter pylori biasanya akan mengalami simptom-simptom seperti:

  1. S4kit pada bahagian dalam abdomen.
  2. Loya dan muntah.
  3. Sendawa yang kerap.
  4. Kembung perut.
  5. Hilang berat badan.
  6. Najis berdarah atau kehitaman seperti tar.

Terdapat dua cara rawatan bagi jangkitan bakteria ini iaitu dengan menghapuskan bakteria menggunakan antibiotik, selain daripada mengambil ubat-ubatan bagi meredakan kandungan asid seperti pam perencat proton, antasid dan juga penghalang asid.

Antara lain, jangkitan bakteria Helicobacter pylori boleh dielakkan dengan tabiat mencuci tangan sebelum dan selepas makan, minum air masak atau dari sumber yang bersih dan juga sentiasa mengambil makanan menggunakan peralatan yang bersih. Segera dapatkan rawatan daripada doktor jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada badan anda.

kredit gegar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*