Ustaz Ebit Lew Dan Nadir Al-Nuri Dedah Mesej Terakhir Siti Sarah Kepada Mereka.. Allahu!

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissuddin pagi ini benar-benar mengejutkan dunia hiburan. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terkejut dengan pemergiannya, beberapa pendakwah terkenal tampil berkongsi sifat sebenar Siti Sarah yang langsung tidak lokek dalam melakukan kerja amal kebajikan antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri dan Ustaz Ebit Lew sendiri.

  • Buat ibadah korban di Gaza yang berharga belasan ribu

Menurut Nadir, Sarah ada menghubunginya untuk menyertai ibadah korban Aidiladha di Gaza baru-baru ini. Jelasnya, allahyarhamah seolah sedang mengejar timbangan amal kebaikannya yang terakhir

“Tersentap kejap bila baca berita daripada Shuib mengenai pemergian Siti Sarah. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya Haji (Aidiladha) lepas untuk dia ikuti program korban kami di Gaza.javascript:false Masa tu saya terkejut bila dia maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja. Ia seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” katanya.

  • Sering berhubung bertanya tentang keadaan saudara di Palestin

Malah Sarah juga sering menghubunginya untuk mengetahui perkembangan semasa saudara Islam di bumi Palestin dan menyifatkan Arwah juga s beruntung didoakan ratusan penduduk Palestin. Tambah Nadir, Sarah sebenarnya lebih selesa ibadah korban itu dirahsiakan kepada umum namun arwah mengizinkan Nadir untuk berkongsi perkara itu sekiranya ia memberi manfaat kepada umat Islam.

Pendakwah dan aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew(UEL) pula mendedahkan Siti Sarah pernah menawarkan dirinya untuk membantu membayarkan beberapa rumah sewa golongan miskin.

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus. Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” kata UEL menerusi Instastory.

kredit buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*