Video Aksi Comel Remaja Nak Tembak Orang Kalau Tak Tidur Buat Netizen Naik Meluat

Gara-gara asyik melayari media sosial atau permainan video, tidak dinafikan ramai terutama golongan remaja yang berjaga malam sehingga dimarahi ahli keluarga dan kenalan mereka. Mungkin sedar akan keburukan menjadi ‘burung hantu’, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Hafiy menghasilkan video meminta warganet supaya berhenti bermain telefon bimbit dan terus masuk tidur. Bagaimanapun, aksi remaja berusia 17 tahun tersebut mengundang rasa geli dan meluat selepas video yang dimuat naik di platform TikTok itu tular di laman Twitter.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan Hafiy bertanya dua sebab mengapa penonton masih berjaga, selain melakukan aksi mimik muka dan suara manja seolah-olah memujuk orang ramai untuk tidur.

“Kenapa belum tidur? Kamu sudah ditangkap. Bagitahu dua sebab kenapa. Kalau tak, saya dengan Mickey dan Minnie tembak awak. Cepat! Kenapa?,” soal remaja berkenaan. Rata-rata netizen tidak boleh menerima dan memahami aksi ‘cringe’ remaja tersebut dengan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Sabar… ambil dari sudut positif. Mana tahu ramai yang lembut hati untuk tidur awal selepas menonton video Hafiey. Mesti hari seseorang tu terus jadi produktif!

kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*