[VIDEO] Anda Lupa Baca Doa Qunut Waktu Solat Subuh? Pemuda Ini Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul

Sujud Sahwi dilakukan pada penghujung solat untuk menjadi penutup kepada sebarang kesal.ahan ketika melakukan ibadat solat.

Solat merupakan perbuatan wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam walaupun dalam apa juga keadaan sekalipun

Namun tidak dapat dinaf1kan, untuk kusyuk dalam solat itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah melainkan kita betul-betul fokus dalam segala tertib dan bacaan yang ada dalam solat.

Tetapi apabila terdapat banyak benda yang bermain di fikiran, akan jadi sus.ah untuk kusyuk dalam solat. Sampai solat pun jadi tunggang-langgang. Kadang-kadang baru masuk rakaat kedua, fikiran pun mula mengelamun sampai terlupa apa yang dibaca.

Sekiranya situasi seperti ini berlaku, apa yang perlu dilakukan adalah membuat sujud Sahwi. Kalau nak tahu sujud Sahwi ini dilakukan di penghujung solat untuk menjadi penutup kepada kes4lahan dalam ibadat solat.

Baru-baru ini seorang pemuda telah membuat satu perkongsian di laman Instagram berkenaan cara melakukan sujud Sahwi

Melalui video yang dimuat naik Furqan Fawwaz, dia menunjukkan cara membuat sujud Sahwi dengan melakonkan semula situasi solat Subuh sekiranya terlepas membaca doa Qunut.

Furqan telah menunjukkan cara dan bacaan yang harus dibaca di dalam sujud tersebut.

https://www.instagram.com/p/B_wT5c7FqTf/?utm_source=ig_embed

Menerusi video itu, sujud Sahwi perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyat akhir. Malah sujud hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturutan. Kemudian, duduk semula dalam posisi tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, sujud Sahwi bukanlah hanya dilakukan sekiranya terlepas membaca doa Qunut ketika waktu solat Subuh tetapi juga dalam situasi lain misalnya jika seseorang itu terlepas melakukan tahiyat awal ataupun berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.

Meskipun begitu, memetik informasi daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi sebarang mas4lah sekiranya masih terlupa untuk membuat sujud Sahwi kerana hukvmnya adalah sunat

Bahkan tidak melakukan sujud Sahwi tidaklah membat.alkan solat. Ini kerana, sujud Sahwi hukumnya adalah sunat dan seseorang itu dilihat hanya meninggalkan perkara sunat.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika solat dilakukan seperti yang dituntut dalam syarak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita dalam memperbaiki solat serta ibadah kita. Selamat menjalani ibadah puasa.

Sumber : Says Seismik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*