Video Budak Lelaki Menangis Setelah Ayam-Ayam Yang Dibesarkannya Bakal Dijual, Merayu Jangan Jadikan Kari Ayam

Sebuah video tular mengenai seorang budak lelaki dari Sikkim, India yang menangis teresak-esak setelah ayam-ayam yang dibesarkannya bakal diangkut untuk pengeluaran ayam, lapor India Times. Dalam video tersebut, budak lelaki itu dilihat telah merayu pada keluarganya supaya ayam-ayam itu tidak dibawa pergi oleh lori. Namun, dia masih belum mengerti bahawa ayam-ayam itu bukan untuk dipelihara.

Dia dikatakan telah menunjuk ke arah ayam-ayam itu dan mengangkat kedua-dua tangannya seakan-akan merayu. Kemudian, dia tiba-tiba jatuh ke tanah dan menangis kerana terkejut ayam tersebut akan dibawa pergi. Menurut sumber, apabila tiba masanya lori itu pergi, dia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada ayam-ayam tersebut. Sebagai tanda pujukan, ayahnya dipercayai telah memberitahu bahawa dia akan membawa lebih banyak ayam kepada anaknya.

Video yang tular itu kini telah menerima lebih daripada 2.3 juta tontonan dan 23 ribu tanda suka. Warganet dikatakan begitu terharu dan memuji budak lelaki itu. Antara komen yang diberikan ialah, “Kadang-kadang anda perlu belajar kemanusiaan daripada kanak-kanak. Mereka tahu menghargai nyawa kehidupan lain seperti nyawa mereka sendiri.”

Ada juga yang menambah, “Sangat comel. Pada usia kecil ini, dia penuh dengan perasaan belas kasihan. Sungguh murni.” Antara netizen lain yang turut memberi komen, “Budak ini memiliki hati emas yang penuh belas kasihan dan cinta kepada makhluk hidup. Ini satu pelajaran untuk belajar dari si kecil yang tidak bersalah ini! Tuhan memberkati dia.”

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*