[VIDEO] First Time Menangis Masa Live, Resp0n Suami Buat Ramai Sebak

[VIDEO] First Time Menangis Masa Live, Resp0n Suami Buat Ramai Sebak

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya tidak sabar menanti detik indah kelahiran cahaya mata mereka. Namun begitu, tidak semua dari kita bernasib baik dikurniakan cahata mata selepas mendirikan rumahtangga.

Ada diantara kita terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum si comel itu datang menyerikan lagi rumahtangga yang dibina. Bukan mudah melalui fasa tersebut, pastinya kadang kala pertanyaan mengenai anak mengguris hati mereka.

Sama seperti apa yang dilalui oleh seorang pengguna media sosial yang terpalit isu mengenai anak ini, beliau adalah Puan Rozyana Roslan.

Tersentak dengan soalan zuriat, wanita ini sebak. Difahamkan, menerusi satu video beliau berdepan dengan keadaan ditanya seorang individu berkali-kali mengenai zuriat. Beliau yang tersentak dengan soalan tersebut kelihatan sebak dan terga.nggu dengan soalan yang diajukan.

Ya, dia menang buat saya menangis

Hati mana yang tidak sayu apabila soalan yang diajukan memerlukan beliau mengumpul kekuatan untuk menjawabnya. Pastinya rezeki zuriat sudah lama diimpikan oleh mereka.

Menerusi video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, wanita ini mendedahkan seakan-akan diejek oleh seorang individu dengan gelaran ‘Angah’ dalam sebuah sesi live tempoh lalu.

Individu tersebut telah mempersoalkan hal berkaitan anak secara berulang kali, Puan Rozyana terus menerima resp0n yang cukup mengguris hati meskipun sudah menjawab pertanyaan itu dengan cara baik.

Wanita ini k0ngsi 3 ekor kucing yang telah dianggap seperti anak sendiri

Susulan dari kejadian itu, beliau kemudiannya memuat naik satu lagi video menjelaskan apa yang terjadi.

Malah, beliau turut berk0ngsi mengenai  3 ekor kucing peliharaannya yang sudah dianggap dan dijaga dengan penuh kasih sayang umpama anak sendiri.

InsyAllah, satu hari nanti pasti Allah beri kami peluang menimang anak sendiri

Suaminya yang turut terkesan memberikan reaksi tenang yang cukup mengundang rasa sayu apabila isterinya menerima ejekan daripada individu tidak dikenali.

Pasangan ini percaya suatu hari nanti mereka berdua pasti akan diberikan peluang menimang anak sendiri berbekalkan keyakinan terhadap rezeki Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan menitipkan doa semoga pasangan terus tabah dan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

Apa yang penting, mereka sudah berusaha dan mahu membahagiakan isteri serta keluarganya terlebih dahulu buat masa sekarang. – Sumber & foto dipetik dari Yoy Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*