Video Makcik Melayu Cakap India Dengan Auntie “Mak Aiii Fasihnyee” Undang Perhatian

Malaysia merupakan sebuah negara terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum, budaya dan agama. Jadi tidak hairanlah apabila sesetengah rakyat mampu menguasai bahasa bangsa lain dengan baik selain bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu.

Jika sebelum ini tular mengenai sebuah keluarga bangsa Cina berasal dari Kelantan yang fasih berbahasa Melayu dan dialek negeri Cik Siti Wan Kembang, kali ini lain pula ceritanya. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan gelagat seorang mak cik Melayu rancak berborak bersama rakannya menggunakan bahasa Tamil.

Kelihatan mak cik tersebut berada di dalam kereta sambil berbual dengan rakannya berbangsa India menerusi tingkap. Apa yang mencuri perhatian mak cik terbabit sedikitpun tidak kekok berkomunikasi dalam bahasa Tamil, malah sangat lancar!

Difahamkan mak cik dan rakannya berborak mengenai situasi keluarga dan berkongsi maklumat bahawa terdapat sahabat mereka sudah meninggal dunia. Menjengah ruangan komen rata-rata warga maya berasa kagum dan memuji kebolehan mak cik itu fasih bertutur dalam bahasa Tamil.

  • “Bukan semua orang boleh bercakap lebih dari dua bahasa. Cayalah mak cik!.”
  • “Tak sangka aku boleh tunggu sampai video habis walaupun sepatah haram aku tak paham apa benda aunty ni dok borak.”
  • “Bayangkan how powerful Malaysian gonna be kalau semua rakyat pandai cakap Tamil dan Mandarin.”
  • “Mak cik memang power. I tunggu sampai akhir video nak tahu translation dia.”
  • “Power! This is such a heart warming video.”

Apa pun, cayalah mak cik! Bukan semua orang boleh berkomunikasi bahasa lain dengan baik.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*