Video Penduduk Berebut Habiskan Susu Di Pasaraya Gara-Gara Tersebar Berita Susu Lembu Mampu Mencegah Covid19

Baru-baru ini, tindakan kecoh berlaku di Indonesia apabila dilihat berebut membeli satu jenama susu lembu yang dikhabarkan dapat meningkatkan antibodi bagi mencegah jangkitan COVID-19. Menurut portal media Jakarta, video yang tular di Indonesia itu menunjukkan orang ramai berasak demi mendapatkan susu Bear keluaran sebuah syarikat terkemuka di sebuah pasaraya di Tangerang.

Lantaran itu, permintaan terhadap susu tersebut mendapat permintaan yang tinggi dan harganya meningkat sehingga 50,000 rupiah Indonesia (RM14) dari harga asalnya 9,000 rupiah (RM2). Persatuan Perubatan Indonesia memaklumkan susu itu memberi manfaat yang sama seperti susu biasa dan tiada sebarang bukti ia membantu mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Teruskan jika anda ingin minum susu itu atau mana-mana susu tepung. Tidak ada apa yang membezakannya dengan susu lain,” kata Ketua Pasukan Petugas Khas COVID-19, Zubairi Djoerban. Tambahnya, orang ramai disarankan untuk mendapat manfaat pemakanan yang lengkap dengan pemakanan sayur-sayuran, buah-buahan dan tidak bergantung dengan susu sahaja.

kredit era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*