Video Terbaru Taman Tema Di Cameron Highland Buat Netizen Tak Senang Duduk

Sejak semalam tular beberapa foto yang menunjukkan idea dan cadangan pembinaan sebuah lagi taman tema baharu di Cameron Highland. Taman tema yang juga bakal menjadi satu destinasi pelancongan bertaraf dunia baharu di Malaysia ini adalah ESCAPE Cameron Highland, seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat Sim Leisure Group yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, projek ini bakal memperkenalkan jenama bertaraf dunia dan boleh menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan bertaraf domestik yang kini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Melihat kepada kejayaan taman ESCAPE sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor, beliau yakin ESCAPE Cameron Highland ini juga akan mendapat pujian serta sokongan daripada ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pembukaan taman ESCAPE ini juga katanya selara dengan agenda untuk meransang ekopelancongan Malaysia yang akan berperanan sebagai pemangkin dari segi pelaburan pelancongan baharu sambil menanam minat serta menyuntik semangat baharu terhadap sektor ekopelancongan.

“Saya meramalkan pertumbuhan eksponen dalam permintaan kepada pelancongan berasaskan alam semula jadi di seluruh dunia. Malaysia akan lebih menonjol berbanding negara jiran dengan mempromosi pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga. Kita akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di sekeliling kita bagi tujuan ini,” katanya.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*