Video Wanita Tidak Takut Covid19 Merebak, Makan Rapat-Rapat, Ajak Semua Orang Langgar Arahan Kerajaan

Satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sekumpulan wanita sedang duduk dan makan di sebuah restoran  dipenuhi pengunjung dan berkata bahawa mereka tidak takut dengan koronavirus, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menerusi video berdurasi 65 saat yang dimuat naik di  akaun Instagram @smart.gram itu, jelas kelihatan wanita-wanita tersebut makan beramai-ramai tanpa mengikut peraturan kesihatan seperti penjarakan fizikal. “Di Padang Kota bebas, boleh makan apa sahaja dan tiada yang di ‘lockdown’.

Tiada batasan dan semuanya bebas, tiada penjarakan (fizikal) dan tidak takut dengan Covid-19. Lihatlah saya di Padang, makan di Restoran Bebek Sawah. Kenapa di Jakarta semuanya panik, jangan panik, terus saja lawan pemerintah yang zalim. Mari makan rakan-rakan semua,” demikian kata salah seorang wanita dalam video tersebut.

Aksi wanita itu mengundang komen daripada netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan wanita itu yang sangat angkuh.

  • “Puan, puan seharusnya sujud syukur bukannya riak begitu,” tulis seorang netizen.
  • “Wah, wanita memang selalu betul,” tulis seorang lagi netizen. Video tersebut sudah ditonton hampir 7,000 kali dengan hampir 600 komen.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*