Zahid Hamidi Janji UMNO Akan Laksanakan Manifesto, Tidak Memberi Alasan Manifesto Bukan Kitab Suci

Tidak sesekali Umno akan menipu rakyat, apatah lagi sanggup memfitnah dan menawarkan manifesto bukan kitab suci. Jaminan itu diberikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan cara begitu bukan cara Umno berpolitik kerana kemenangan dengan taktik sebegitu tiada rahmatnya.

“Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T apabila kembali mentadbir kelak. InsyaAllah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas. Rakyat juga semakin matang menilai antara kebenaran dan propanganda.

“Sejarah mendewasakan mereka dalam memahami antara realiti dan permainan persepsi. Dengan itu Umno akan terus berpegang kepada kebenaran dalam perjuangan politiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. Ahmad Zahid berkata, ada netizen yang menulis dan bertanya di Facebook mengapa Umno berpolitik dengan memberi fakta.

“Jika memfitnah dan tipu rakyat baru boleh menang PRU15 seperti lawan politik praktikkan pada PRU14. Tergelak kecil membaca komen itu, namun saya faham maksudnya. Ia penulisan sarkastik. Tetapi ini jaminan saya sebagai Presiden Umno (tidak menipu),” katanya. – Malaysiapost

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*