Hidup Seperti Hamba Abdi, Britney Spears Mahu Bebas Daripada Bapanya, Dakwa Satu Alat Dimasukkan Ke Dalam Badan Supaya Tidak Ada Anak

Penyanyi Britney Spears, 39, merayu kepada hakim Brenda Penny untuk membebaskannya daripada ‘cengkaman’ bapanya, Jamie yang mengawal hidup serta kekayaan miliknya bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu. Spears berkata, sistem penjagaan ditetapkan itu menyeksa dirinya kerana dia juga dilarang hamil selain sebuah peranti dimasukkan dalam badannya supaya dia tidak mampu memiliki anak.

“Sistem penjagaan ini sangat mendera saya. Saya mahu berkahwin dengan kekasih saya dan memiliki anak namun mereka melarangnya. Saya turut memiliki peranti intrauterin (IUD) dalam badan saya untuk mencegah daripada hamil. Saya mahu jumpa doktor untuk membuangnya supaya boleh dapat anak tapi mereka larang.

“Saya rasa ditindas, dibuli dan sunyi. Saya mahukan perubahan untuk teruskan hidup dan saya layak menerima perubahan itu,” katanya dalam perbicaraan yang berlangsung, hari ini. Penyanyi lagu Toxic itu mengakui dirinya menjadi ‘hamba abdi’ kepada bapanya selama ini dan sudah tidak tahan lagi untuk terus diseksa dengan hak penjagaan terhadapnya itu.

“Dia (Jamie) membuatkan saya rasa seperti m44ti dengan hal-hal mendalam dilakukan terhadap saya. Saya mahu akhiri sistem penjagaan ini. Cukup-cukuplah. Ia sangat mengaibkan dan memalukan. Saya tidak bohong. Saya cuma inginkan kehidupan saya kembali. Sudah 13 tahun lamanya dan saya tak sanggup lagi,” katanya. Tahun lalu, Spears memulakan proses guaman untuk membuang hak Jamie daripada mengawal hidupnya. Ia termasuk hal dalaman serta kewangan selepas bapanya ditetapkan sebagai penjaga kehidupannya pada 2008.

kredit harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*