40 Pegawai Imigresen Knt0i Rasvah Ditähan SPRM

40 Pegawai Imigresen Knt0i Rasvah Ditähan SPRM

MALAYSIA: JOHOR BAHRU – Seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tiga ejen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (JIM) dipercayai terliibat dalam kegiiatan memlsukan cop keseelamatan memasuki pintu sempadan negara.

Sumber berkata, 10 pegawai JIM ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Gelang Patah manakala kira-kira 30 yang lain ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Manakala, tiga individu lain iaitu orang awam yang disyaki bertindak sebagai ejen atau orang tengah ditahan sekitar bandar raya ini.

Menurut sumber itu, kegiatan itu dipercayai melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan tanpa pemilik dokumen itu keluar dari negara ini.

SPRM dijangka akan mendapatkan perintah reman terhadap semua individu terbabit esok di Johor Bahru dan Putrajaya.-K! ONLINE

Laporan HMEtro

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sekurang-kurangnya 43 individu dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor siang tadi.

Individu ditahan terdiri daripada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan beberapa orang awam dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam kegiatan itu.

Orang awam terbabit dipercayai bertindak sebagai ejen bagi mendapatkan khidmat cop berkenaan bagi warga asing.

Sumber berkata, kegiatan itu melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan biarpun pemilik dokumen tidak keluar dari negara ini.

Tangkapan dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kvarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, Johor melibatkan 10 anggota JIM manakala kira-kira 30 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Tiga orang awam dipercayai sebagai orang tengah ditahan di Johor Bahru.

SPRM dijangka akan mendapatkan perintah reman terhadap semua yang ditahan esok.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*