6 Cara Nak Selesaikan Masalah Tidur Kita Yang Selalu Terganggu Waktu Malam

Sejak PKP dilaksanakan kembali, pasti ada antara kita yang rutin hariannya terganggu lalu menyebabkan kualiti tidur merosot. Mendapat tidur yang berkualiti amat penting untuk kesihatan kita malah dapat memberikan tenaga untuk kekal cergas dan fokus seharian. Jika anda asyik terjaga ketika tidur, tidak lena dan tidak selesa, ini adalah tips untuk anda meningkatkan kualiti tidur anda.

  • 1. Tetapkan Jadual Waktu Tidur

Pastikan anda sedia untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam, termasuk hari cuti. Ini adalah penting untuk membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

  • 2. Jaga Waktu Makan Anda

Adalah tidak digalakkan untuk masuk tidur dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana rasa tidak selesa akan buatkan anda tidur tidak lena.

Bukan itu saja, pengambilan nikotina, kafein dan alkohol dan kesannya yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan buat anda kerap terjaga.

  • 3.  Membuat Ritual Waktu Tidur

Selain memastikan anda tidur pada waktu yang sama, membuat aktiviti yang sama sebelum tidur juga penting untuk meningkatkan kualiti tidur. Misalnya seperti mandi, baca buku atau mendengar musik sebelum tidur.

Anda dinasihatkan untuk elak menggunakan peralatan elektronik sebelum tidur kerana cahaya biru dari skrin peralatan elektronik akan menyekat pengeluaran melatonin iaitu hormon yang mempengaruhi kualiti tidur kita.

  • 4. Kurangkan Tidur Waktu Petang

Tidur petang yang lama boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya. Perkara ini boleh menurunkan lagi kualiti tidur anda, terutamanya bagi yang menghidap penyakit insomnia. Sebaiknya anda boleh tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja jika betul-betul memerlukannya.

  • 5. Aktiviti Fizikal Dalam Rutin Seharian

Aktiviti fizikal bukan saja dapat membuatkan anda cepat tidur malah ia juga dapat membantu anda meingkatkan lagi kualiti tidur anda. Walau bagaimanapun, elakkan dari bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

  • 6. Temui Doktor

Jika anda terlalu kerap mengalami masalah untuk tidur sehingga ia mengganggu kualiti hidup, anda berkemungkinan mempunyai penyakit atau masalah-masalah lain. Jadi, amat digalakkan untuk anda mendapat bantuan professional.

kredit i am lejen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*