6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim KWSP I-Citra Sebelum Buat Pengeluaran

Melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) ini, ramai yang terkesan dari segi ekonomi akibat kehilangan punca pendapatan. Susulan itu, rata-rata rakyat Malaysia gusar tentang masa depan mereka. Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa berhutang demi menampung kelangsungan hidup. Episod kesusahan, keperitan hidup rakyat sering mendapat perhatian di media.

Justeru, kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperkenalkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa KWSP akan memperkenalkan skim pengeluaran baru i-Citra bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas. Berikut ialah enam perkara penting mengenai i-Citra yang perlu korang tahu:

  • 1-Melalui i-Citra, kira-kira 12.6 juta anggota KWSP akan dapat mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga RM5,000, bergantung pada jumlah yang ada dalam akaun ahli tertakluk baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
  • 2-Pembayaran akan dibahagikan kepada lima bulan dengan harga RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
  • 3-Para ahlli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui portal icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021
  • 4-Pembayaran pertama akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada Ogos 2021.
  • 5-Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
  • 6-Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Terdahulu, I-Lestari diperkenalkan pada PKP1.0 bagi kemudahan ahli mengeluarkan wang simpanan dari akaun 1 KWSP. Kemudian, pada 8 Mac 2021, skim i-Sinar pula diperkenalkan untuk membantu para ahli membuat pengeluaran akaun 2 KWSP. Ia yang bakal berakhir pada 30 Jun ini. Diharapkan dengan adanya skim pengeluaran i-Citra ini, nasib para ahli KWSP yang terjejas dari segi ekonomi dalam menghadapi pandemik ini terbela.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*