7 Cara Nak Halau Kutu Beras Daripada Beranak Dalam Beras Yang Kita Simpan

Lazim beras yang disimpan lama atau cara penyimpanan kita yang tidak betul akan menyebabkan kutu beras membiak. Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus oryzae memang sudah lama menjadi musuh kepada beras dan tepung kita. Tutup elok-elok macam mana pun, ‘dia’ tetap muncul. Okey, untuk mengelak masalah itu berlarutan, SinarPlus telah membuat pencarian secara menyeluruh dan akan kongsikan beberapa petua penting bagi mencegah masalah itu. Berikut bahan dan cara-caranya:

  1. Daun asam jawa.
  • Caranya, masukkan dua atau tiga helai daun asam jawa yang telah dibersihkan lalu dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras.
  1. Daun limau purut.
  • Bagi setiap 10 kilogram beras, campurkan dengan 50 gram daun limau purut yang sudah ditumbuk.
  1. Daun belimbing buluh.
  • Tatacaranya adalah simpan beras dengan dua atau tiga helai daun belimbing buluh yang siap dibersihkan dan dikeringkan.
  1. Cili kering.
  • Tak susah pun sebenarnya. Hanya masukkan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras.
  1. Bawang putih.
  • Hapus kutu beras dengan menabur bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di atas talam atau bekas.
  1. Kulit kayu manis.
  • Biarkan kulit kayu manis di dalam tempat penyimpanan beras anda.
  1. Jemur di tempat panas.
  • Akhir sekali, masukkan beras ke dalam bekas khas seperti keluli tahan karat. Kemudian, jemur di tempat yang panas lebih kurang 20 minit dengan atasnya ditutup dengan sehelai kain putih.

Senang bukan? Apa lagi, kepada pembaca SinarPlus yang bergelut dengan kutu beras, cubalah beberapa langkah yang dicadangkan.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*