Connect with us

Islamik

Adakah Orang Bunian Wujud Dalam Pandangan Islam? Mesti Baca dan Share!

Published

on

Masyarakat Melayu menganggap bunian adalah antara makhluk ghaib yang menjadi penyebab kepada histeria (penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal) atau dikenali dalam kebudayaan Melayu sebagai ‘dirasuk hantu’.

Orang Bunian adalah merujuk kepada makhluk halus atau orang halus yang tinggal di hutan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Menurut pandangan pakar perubatan Islam terkemuka, almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, orang bunian adalah wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus.

Makhluk halus seperti ini suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia dan mewujudkan perkampungan mereka sendiri disamping hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Secara khususnya, Bunian adalah daripada kelompok jin yang dikenali dengan nama ‘Amir (عَامِرٌ) yang tinggal bersama-sama dengan manusia.

Ini kerana ianya bersamaan dengan kebiasaan kelompok bunian yang tinggal berdekatan dengan penempatan manusia dan mempunyai penempatan tersendiri.

Ini disokong oleh sebuah hadith Nabi SAW yang maksudnya, “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 573; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3702)

KEWUJUDAN alam bunian sememangnya mencetuskan misteri membingungkan buat masyarakat di negara ini, lantaran dunia mistik itu didakwa wujud tetapi terselindung di sebalik pandangan manusia biasa.

Misteri dunia bunian hanya terbongkar dan diketahui umum selepas segelintir pihak mendakwa berjaya melangkah memasuki dimensi alam ghaib itu menerusi beberapa siri kejadian aneh dan mistik.

Lalu pelbagai cerita mengenai pengembaraan pihak itu ke alam bunian mula tersebar sejak zaman silam hingga ke generasi sekarang menyebabkan ramai penduduk meyakini bahawa dunia paranormal itu sememangnya wujud.

Antara kisah membabitkan bunian yang menggemparkan negara berlaku awal Jun 2005 apabila empat kanak-kanak lelaki berbangsa Cina hilang selama empat hari di hutan Bukit Fraser di Raub, Pahang.

Mengikut laporan akhbar, kumpulan budak lelaki terbabit pada mulanya bersiar-siar di hutan apabila secara tiba-tiba menemui satu jalan yang amat cantik dan dipenuhi pelbagai bunyi-bunyian.

Mereka mengikuti laluan berkenaan dan mula terasa seperti berada di ‘alam lain’. Kumpulan itu akhirnya panik apabila mendapati jalan dilalui sebelum itu hilang dan kawasan sekitar dipenuhi hutan tebal.

Kehilangan empat budak lelaki terbabit menyebabkan gerakan mencari dilakukan besar-besaran membabitkan polis, tentera, unit pengesan Senoi Praag dan penduduk Orang Asli. Bantuan unit udara dan anjing pengesan turut digunakan tetapi selepas tiga hari mencari di hutan seluas lapan kilometer persegi itu, semua mangsa masih gagal ditemui.

Pada hari keempat, semua kanak-kanak terbabit akhirnya ditemui bomoh Orang Asli bersama tiga pembantunya berhampiran Sungai Sempang.

Ketika menceritakan usahanya mencari kumpulan budak lelaki terbabit, bomoh berkenaan menjelaskan semua mangsa itu disembunyikan makhluk halus atau orang bunian yang berada dalam hutan Bukit Fraser.

Bomoh terbabit mendedahkan makhluk halus itu meminati seorang daripada kanak-kanak terbabit menyebabkan dia perlu memujuk supaya semua mangsa dibebaskan.

Selain kejadian di Bukit Fraser itu, kisah lain membabitkan bunian yang tersebar dalam masyarakat diceritakan berlaku di Kota Tinggi, Johor, pada zaman dulu.

Mengikut cerita, dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika senja.

Gerakan mencari dijalankan tetapi lelaki itu gagal dijumpai sehinggakan keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah mati dibaham binatang buas.

Bagaimanapun, lebih setahun kemudian, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat tetapi terjumpa sebuah rumah berpenghuni dalam hutan itu.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin untuk pulang tetapi dia disuruh terus tinggal di situ dan berkahwin dengan anak perempuan keluarga terbabit.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Selain cerita terserempak atau tersesat ke alam bunian, terdapat juga cerita makhluk halus itu mengambil bayi dalam kandungan manusia.

Antaranya sebuah akhbar pada 27 Jun 2012 menceritakan pengalaman aneh seorang wanita yang kehilangan bayi dalam kandungannya.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Khadija, apabila kandungannya berusia empat bulan, dia bermimpi didatangi tiga wanita muda berbaju putih yang meminta izin untuk mengambil anak yang dikandungnya untuk tinggal bersama mereka.

“Saya merayu kepada mereka supaya tidak mengambilnya, tetapi mereka memberitahu akan menjaga dia dengan baik di tempat yang cantik dan indah,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Selepas mimpi itu, Khadija tersedar dan mendapati perutnya kempis menyebabkannya bingung dan sedih teramat.

Kisah bunian terus dilapor setiap tahun dan misteri dunia paranormal itu semakin berlanjutan meniti masa.

Berdasarkan pelbagai kisah mengenai bunian, maka ciri makhluk dan alam itu dikenal pasti sama seperti alam manusia cuma mereka wujud di sebalik dimensi ghaib.

Wajah dan fizikal orang bunian dikatakan sama seperti manusia, malah mereka turut memiliki aktiviti, budaya dan penempatan menyerupai masyarakat moden di alam nyata.

Pastinya misteri terbesar mengenai bunian ialah asal usul mereka dan penyelidik alam mistik serta pengamal rawatan Islam mengemukakan sekurang-kurangnya dua teori mengenai hakikat kejadian makhluk halus itu.

Antaranya makhluk bunian dipercayai wujud apabila manusia berkahwin dengan jin dan sememangnya permasalahan itu turut dibincangkan dalam ilmu hukum Islam.

Teori berkenaan menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian dilahirkan dengan rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki ciri unsur ghaib menyamai jin sehingga manusia tidak mampu melihat mereka.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh serta taat kepada perintah Allah SWT tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.

Lantaran malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah SWT supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian itu berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah SAW.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending