Alamak Silap Besar Buang Biji Durian Padahal Boleh Buat Keropok “Durian Chip Gitteww”. Ini Cara Lengkap Hasilkannya

Sejak mula musim durian baru-baru ini, ‘viral’ pula dengan penangan kerepek biji durian. Haa… Mesti ada yang belum tahu bahawa biji durian boleh dimakan kan? Ramai yang kata rasanya sangat rangup dan berlemak, ala-ala kerepek ubi atau kerepek kentang. Jangan risau, tak ada rasa pahit atau rasa durian.

Kami sangat berbesar hati kerana Puan Zakiah Abdullah sudi berkongsikan cara buat kerepek menggunakan biji durian ini. Siap ada gambar ‘step-by-step’ lagi. Jadi, siapa nak cuba tu memang bolehlah sangat, Berikut adalah cara buat kerepek daripada biji durian. Cuma ada 5 langkah, mudahnya!

  1. Rendam biji durian

Biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya kita senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.

  1. Keringkan

Selepas dibersihkan kulitnya, jemurkan biji-biji tadi supaya kering sedikit. Kalau tak tunggu kering, biji durian ini akan rasa berlendir. Jadi, kalau licin susah pula nak dipegang dan disagat. Nanti bersihkan macam dalam gambar di bawah ini ya.

  1. Sagat

Selepas dibersihkan bijinya, kemudian gunakan penyagat (alat untuk kikir halus) untuk dapatkan kepingan halus. Kalau tak ada, boleh juga gunakan ‘peeler’ yang selalu buat buang kulit epal tu. Ini contoh biji durian yang telah disagat.

  1. GOreng

Selepas siap disagat, bolehlah kita menggoreng sampai kekuningan dalam minyak panas. Agak-agak warna putih tadi dah bertukar kekuningan, angkat dan toskan minyak berlebihan.

  1. Bubuh perisa

Untuk menyedapkan rasanya, bolehlah tambah sedikit garam  dan di gaul-gaul. Kalau minat dengan perasa lain, bolehlah cuba juga. Perasa kari ke, perasa sambal ke. Ikutlah kreativiti dan tekak masing-masing ya. SIAP!

Jadi, lepas ini janganlah buang bijinya. Dah beli mahal-mahal, kenalah makan sampai ‘licin’ sekali dengan bijinya. Mudah sangat cara buat kerepek daripada biji durian ni. Kalau nak rasa hidangan yang unik dan ‘rare’, anda kenalah cuba. Sebab setakat ni rasanya belum nampak lagi orang jual.

Memang ‘win’ habis!

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*