Connect with us

Luahan

Allahu Pedih Hati Saya, Selama Ini Suami Tak Pernah Sentuh Saya Rupa-Rupanya Dia…

Published

on

Allahu Pedih Hati Saya, Selama Ini Suami Tak Pernah Sentuh Saya Rupa-Rupanya Dia…

Salam min, saya mohon sangat2 tolong hide profil saya min. Saya cuma ingin doa daripada kalian sahaja. Semoga berkat hari Jumaat ini doa2 kita diangkat Allah SWT. In Shaa Allah.. Aaminn. Saya sudah bernikah hampir 8 bulan. Tapi sepanjang pernikahan saya, suami tak pernah sentuh saya. Saya bekerja dan saya sentiasa jaga penampilan saya, saya suka nampak kemas bila depan suami.

Suami saya tak pernah culas nafkah zahir seperti makan dan tempat tinggal.

Krisis rumahtangga kami dah berlarutan sejak dua bulan pernikahan lagi sebenarnya. Suami bagaikan jauhkan diri daripada saya. Saya sayang suami saya. Sebelum2 ini (ketika awal pernikahan) sebelum dia pergi kerja dia akan cium dahi dan pipi saya. Sekarang tidak lagi. Kalau dulu dia akan peluk saya (walaupun sekejap).

Setiap malam saya akan salam dan minta maaf kat suami sebelum tidur. Tidur pun dah tak nak sekatil dengan saya. Dia akan lari tidur di lantai, dan saya pula di katil. Tapi jika suami dah tidur saya akan curi2 tidur di lantai dan cuba memeluk suami walaupun dia tepis saya tidur ja dengan dia. Saya rindu sangat dengan sentuhan dan pelukan dia. Cuma itulah, tiada sentuhan, pelukan, kalau saya nak peluk dia pun dia akan jauhkan diri daripada saya.

Saya sentiasa memakai wangian yang dia suka, sebab kalau macam basuh baju pun kalau bau sabun yg dia tak suka dia akan bagitau dan saya tak akan pakai bau yg dia tak suka. Saya selalu je pakai seksi2 kat rumah dan hari2 saya cuba goda dia, tapi tak jalan. Saya masih masak untuk suami lepas saya balik kerja, cuma kadang termiss sebab penat sangat, suami pun pernah cakap kalau dia balik kerja lewat malam saya tak payah masak, sebab dia dah makan,

Kalau nak masak pun dia minta saya masak untuk diri saya sendiri, tapi kadang dia makan juga ikut mood dia sebab dia jenis tak suka makan.

Suami saya lock password fon dia. Saya pernah tanya kenapa kena ada password sedangkan dah jadi suami isteri. Suami jawab, “sebab privacy, walaupun husband wife tetap kena ada privacy” dia cakap. Saya hormat privacy dia. Tapi mana2 dia pergi memang dia akan bawak dan bersama dengan fon dia.

Tidur pun genggam atau sorok bawah bantal. Masuk toilet pun bawa fon tapi dia pasang lagu masa dalam toilet. Saya ni jadi makin nak tahu apa benda la yg ada dlm fon dia sampai tak nak lepas daripada tangan. Kalau saya nak pinjam pun dia akan tunggu dan tengok saya tekan apa. Baru2 ni suami tertidur dan fon terbuka masa dia tengah buka ig cerita kartun. Kebetulan saya baru balik kerja dan ternampak fon dia depan mata saya terus ambil fon dia dan bawa lari masuk bilik lain.

Saya cek fon dia. Apps omi, michat, grinder dan macam2 apps dating lain semua ada. Saya buka wasap dia. Allahu pedih hati saya bila buka satu2 chat suami wasap dengan lelaki tapi butiran dan chat wasap2 semua ke arah yg tak sepatutnya. Ada video lelaki2 tu dengan dia tengah kiss peluk dalam keadaan tidak berpakaian. Luluh hati saya min. Menggeletar jari2 saya, menangis saya.

Lepas tu dia ketuk pintu bilik. Dia ketuk kuat sangat banyak kali suruh pulangkan fon dia. Saya buka pintu dan saya bagi semula fon dia. Dia marah sangat kat saya. Lepas tu dia tanya saya. “Awak dah tahu kan semua sekarang! So awak nak apa??!” Saya menangis.. saya cakap, “awak yg buat salah kenapa nak marah saya..? Saya minta maaf saya cuma nak awak.

Saya nak suami saya, saya tak nak berpisah, saya sayang awak” Saya cakap camtu. Tapi sumpah min, saya betul2 sayangkan suami saya Lillahitaala. Walaupun saya dah tahu dia macam tu, saya masih sayangkan dia, tak berkurangpun kasih sayang saya kat dia. Makin saya rasa nak tolong dia. Makin besar rasa kasih dan sayang saya kat dia. Saya tanya, “kenapa nikah kalau tahu awak macam tu?“

dia cakap, “Saya ingat saya boleh berubah lepas kahwin, awak ingat saya nak ke jadi macam ni, saya cuba untuk berperang dengan diri saya, saya benci diri saya kenapa saya jadi macam ni..!”

Lepas tu dia ambil wudhuk, saya cuba peluk dia. Dia cakap “aku nak solat ni! Ada aku tak solat kang..!” Saya pun bagi dia waktu untuk solat. Lepas solat dia terus lari keluar rumah tanpa sempat untuk saya halang, dia start enjin kereta terus keluar.

Saya menangis meraung, lepas tu saya terus ambil wudhuk dan solat maghrib terus zikir sampai solat isyak baru tenang setenangnya min. Saya buat solat taubat, solat hajat, solat istikharah mohon petunjuk. Saya baca al-quran untuk tenangkan hati yg remuk. Saya sayang rumahtangga saya min. Dah berbelas tahun saya kenal dan bercinta dengan suami sebelum kami mengambil keputusan untuk bernikah dan saya tak tahu sejak bila dia berubah jadi macam tu.

Saya ingat saya dah cukup kenal dia Sungguh demi Allah saya amat menyayangi suami saya. Sekarang suami minta saya ambil cuti dan pulang ke kampung dan beri dia masa untuk tenangkan diri dia. Dia juga seperti tak nak berpisah, tapi dalam masa yg sama dia takut menzalimi saya jika kami meneruskan pernikahan ini.

Tapi saya redho min. Kalau ini takdir Allah, biarlah tanpa sentuhan sekalipun, saya redho asalkan saya masih bersama dengan suami. Saya faham suami tengah dalam masalah besar seperti ini, saya tak nak rungsingkan fikiran dia. Saya nak bantu dia. Saya nak kami sama2 masuk syuga..

Saya doakan suami berubah ke arah lebih baik dan tinggalkan segala maksiat kemungkaran yang dia lakukan. Mohon semua doakan suami saya juga ya. Doakan saya dan suami dapat meneruskan pernikahan ini dalam keharmonian, rahmat kasih sayang dan keredhaan Allah. Aamiin

Luahan

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Published

on

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Assalamualaikum hai admin. Saya salah seorang isteri yang selalu msj kawan2 lelaki dia media social. Saya sunyi sungguh. suami saya langsung tak peduli. tak pernah ambil tahu pasal saya. lagi pula kami sekarang pjj. sepatutnya pjj ni dapat lagi mengeratkn hubungan kta bila berjumpa tapi bila berjumpa saya boleh rasa kasih sayang kami dah tak macam dulu lagi.

sekarang anak2 semua dengan suami. dulu penah pjj anak2 dengan saya dan suami penah kantoi ada perempuan lain. sejak dari hari tu perasaan tu dah lain sampai la sekarang. saya nak berpisah tapi fikirkan anak2. suami dah berjanji dia akan berubah. dan saya nampak semua tu tapi perasaan kasih sayang dalam rumah tangga antara kami macam kekurangan sesuatu.

saya cuba nak sayang balik tapi dah tak ade perasaan tu. dia nak berubah tetapi perangai baran dia tetap tak boleh berubah. ego dia terlampau tinggi. mungkin sebab tu saya dah tak boleh nak rasa sayang dalam rumah tangga kami. saya msj lelaki laen di media sosial hanya nak ilangkn rasa bosan. tak semua lelaki jahat kat media social. ada yang boleh buat kawan bagi nasihat bagi semangat dan kongsi ilmu agama.

Saya dah kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan. Memang la orang kat lelaki buaye tunggu mangsa je tapi saya cuma nak rasa care tu je tak adela sampai feeling jatuh cinta. Cuma jatuh cinta dengan cara dorang sebagai suami handle kuarga jalankan tanggungjawab bimbing kuarga. Kadang jadi sumber inspirasi untuk saya buat bnda yang sama pada kuarga saya..

Tapi itula bila kata nak ubah sesuatu tanpa dorongan kita sendri akan rasa down. Betul kan? saya cuba nak pulih balik hubungam suami isteri tapi macam saya sorang je berusaha untuk ke arah tu. Berapa kali dah cuba tapi tetap keputusan yang sama sampai saya sndri dah pasrah. Hanya ikut perancgan Allah. Follow je apa nak jadi esok, lusa, tulat. tak ade dah nak plan pape. Tapi saya bertahan sebab anak2.

Sepatutnya kalau pjj ni kita akan rasa kasih sayang tu akan erat lg kan. Tapi tak untuk saya dengan suami. untuk wasap bertnya kabar, makan apa hari ni jauh sekali nak tanya. tel bila dia perlu sesuatu. Saya akan tel 3 kali sehari untuk anak2. kadang2 vc pun susah untuk dia bercakap dengan saya. tak apelah sekarang2nya saya call nak tengok keadaan anak2.

Saya cuma nak nasihat untuk suami sekalian jangan la awak2 semua abaikn isteri awak semua. Kawen berapa lama pun isteri tetap nak perhatian dari somi. Sape lagi dia nak perhatian kalau bukan somi sendri? perempuan atau isteri ni dia bukan minta banyak pun kalau hari2 wasap tanya buat apa dah sarapan ke, makan tengah hari dah ke. Lauk apa makan. ws hari2 benda yang sama pun dah cukup buat dia rasa dia la paling bertuah kat dunia ni sebab ada orang care pasal dia.

Bukan nya perlu janji bulan dan bintang. Perempuan kan complicated haahah..
Tp ws sesimple tu dah boleh buat dia tersenyum sepanjang hari. Bukan semua perempuan curang hanya sebab dok mesej lelaki di media social. Memang tak elok untuk sesebuah hubunga tapi perlu pandai pilih berkawan. Tu bagi sayaa tp orang len saya tak pasti.

Saya mnta maaf pasal tu. Saya tahu ada yang akan kecam pasni. Suruh perhatikan suami masing2 kan hahah. Jangan la salahkn isteri bila isteri chat kt media social tapi sebagai suami perhati balik apa yang kurang dalam hub somo isteri. Isteri kalau lengkap ajaran yang somi ajar dia tak akan buat semua tu. Dapat somi yang ada tsnggjawab, tahu hukum bimbing isteri insayaaAllah bahagia smua tu

Saya tulis smua ni sebab saya yang sendiri yang pikul tanggungjawab tu sebab tu saya rasa saya perlu di sayangi saya perlu perhatian tapi saya takdpt semua tu. Saya di lepaskan sendri selepas saya boleh berdikari jalankan tanggungjawab semua tu. Saya berkawan bukan niat nak rampas suami orang tapi saya cuma berbual kosong bagi semangat pada saya untuk terus bersabar.

Kuat hadapi ujian ni. Tak semua lelaki kt media social jahat. Tolong hargai isteri awak2 semua. Tolong ingat balik pergorbanan yang isteri awak2 smua lakukan untuk kuarga untuk awak sebagai somi. Kalau dapat isteri yang pandai berdikari jangan la lepaskn tangan. Hargai mereka sanjungi mereka. Bukan minta emas setinggi tgu tapi cukup la perhatian.

Ada bila isteri nak luah masalah tolong jadi pendengar walau tak dapat selesai masalah. Janganla bebanakn isteri melebihi dari diri mereka sndri. Isteri takkan mengeluh demi somi tercinta tapi apabila isteri dah menolong jangan la suami lepaskan tangan pulak. Tolong hargai isteri awak2 smua. merajuk isteri makan masa lama.

Continue Reading

Luahan

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Published

on

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka. Tidak hanya itu, anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita. Namun, tahukan suami disaat-saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke dunia ini seperti apa? Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri untuk melahirkannya. Kepada suami yang akan menimang cahaya mata, anda patut menemani isteri anda ketika bersalin kerana banyak kebaikkan yang akan diperoleh.

Antara Kebaikan Apabila Suami Teman Isteri Bersalin

1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang ketika isteri sudah sakit ingin bersalin.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami

Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri

Apabila melihat betapa susahnya isteri bersalin anak untuk zuriat, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu ketika isteri ingin bersalin dengan cara:

  • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya.
  • Memberi kata-kate semangat untuk isteri.
  • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
  • Mengelap muka isteri apabila berpeluh.
    Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Continue Reading

Luahan

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg elok

Published

on

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg elok

7 tahun usia perkahwinan dan kini sedang sarat mengandung anak kelima.

Saya dapat tahu suami currang dengan bekas kekasih hingga terIanjur.

Saya melutut merayu dengan suami bagitahu apa salah dan silap saya.

BertaIu – taIu saya desak akhirnya dia beri jawapan yang buat saya tersentak.

Saya terus sambut tangan suami c1um, mintak maaf dan mintak suami untuk mencerraikan saya taIak 3 lagi bagus saya terima.

Part 1, Tolong hidekan profile saya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, saya nak luah kan isi hati saya dekat di sini kerana tiada yang mengenali saya.

Saya dah berkahwin hampir 7 tahun dan sekarang saya sedang mengandung anak ke lima,

InshaaAllah saya hanya tunggu masa nak bersalin. Hari ni saya berg4duh besar dengan suami, dia kant0i currang dengan saya.

Suami balik je dari kerja tadi terus mandi dan kebetulan HP suami cas tepi TV saya pun ambik peluang untuk cek.

HP suami berpasword saya cuba pecahkan pasword suami dan kebetulan betul.

Benda pertama saya cek whatsapp, cek punye cekk, ya Allahh berderau dar4h satu badan saya bila saya terbaca chat suami dengan ex dia yang dulu.

Perbualan sangat mesra (ayg, abg), suami rajin v1deo call ex dia dan apa yang buat saya lebih kecewa

Mereka dah banyak kali berjumpa dan terIanjur.

Begitu banyak gambar – gambar mereka di dalam bilik berpeIukan yang ex suami sendiri send kat suami saya.

Sumpahh rase macam nak bunvh diri je masa tu, air mata saya keluar berjurai – jurai tanpa henti.

Patutlah selama ni saya rasa tak sedap hati, fikiran sentiasa terganggu, dapat mimpi suami currang dan kerap tersedar pukuI 2, 3 pagi.

Saya tak tahu apa silap saya sampai suami currang belakang saya

Kalau berg4duh laki bini tuh adatlah tapi bila berg4duh saya selalu mengalah dan mintak maaf terlebih dahulu.

Sambungan.. Part 2

Beberapa hari yang lalu saya ada kongsikan kisah suami saya yang currang dengan bekas kekasihnya.

Kelmarin kami berg4duh besar suami peIuk saya sekuat – kuatnya, meminta maaf dan berkali – kali menc1um dahi saya.

Saya hanya mampu menangis, meraung sekuat hati dan melutut di kaki suami.

Saya p4ksa suami untuk beritahu apa salah dan silap saya dan kekurangan saya sampaikan suami CURANG di belakang saya.

Mula – mula tiada jawapan namun dengan desakan bertaIu – taIu baru suami bersuara.

Suami cakap saya tiada kekurangan, cukup dalam MELAYANI DIA , ANAK – ANAK dan SEGALANYA

Cuma sejak akhir tahun – tahun lepas dia terjumpa ex gf dan berbagi nombor hp sejak itu suami mula berubah dan rasa seperti bujang.

Mula – mula berkawan lepas tu bercinta semula alang – alang ex suami tak kahwin lagi

Memang kerap keluar bersama tu yang mereka hanyut serta terIanjur. Suami mula rasa seronok dan akhirnya suami lupa siapa dia.

Suami jujur dia terIanjur dengan ex gf dia sejak 2 bulan lepas.

Nak bersama saya suami rasa kurang selesa sebab saya sedang sarat mengandung, perut pun makin bulat membesar dan ke depan jadi sukar untuk dia menyetubuhi saya.

Entah kenapa waktu suami saya cakap macam tu saya tak boleh terima.

Saya terus sambut tangan suami c1um, mintak maaf dan mintak suami untuk mencerraikan saya taIak 3 lagi bagus saya terima.

Saya hanya mampu cakap dekat suami hanya kerana saya sarat mengandung suami memilih untuk menyetubuhi perempuan lain

Hanya kerana perut saya semakin membulat dan membesar suami lebih memilih untuk puaskan dirinya bersama perempuan lain

Hanya kerana saya mengandungkan anak dia, hanya kerana itu.

Ya Allah sump4h demi Allah saya tak boleh terima langsung alasan suami.

Kalau alasan suami rasa terabai, kurang layanan, saya menderh4ka saya masih boleh terima.

Rasa marah, geram, rasa nak membunvh mula menguasai diri.

Syukur saya masih waras dan boleh kawal perasaan.

Saya bersyukur kerana Allah memberi saya rezeki kesuburan dan mudah untuk mendapatkan zuriat.

Ada sesetengah pasangan menunggu bertahun – tahun untuk dapatkan zuriat tidak beruntung seperti kami.

Dulu tiap kali lepas melahirkan saya nak merancang tetapi suami tak izinkan untuk makan pil atau sebagainya

Pakai kond0m suami cakap tak puas, nak rancang sendiri bila suruh buang luar suami terlepas dalam.

Dah jadi macam ni apa semua salah saya? Apa saya yang tak pandai merancang dan jaga tubuh?

Saya tahu ini dug4an buat saya, Allah tak akan bagi ujian ni kalau saya tak mampu, mungkin ada hikmah di sebalik dug4an ini.

Setiap manusia buat kesiIapankan? Dan dari kesiIapan itulah kita belajar.

Saya harap suami belajar banyak benda dengan apa yang dah jadi sekarang ni.

Untuk anak kelima ni satu persiapan pun saya belum buat lagi dari baju b4by, sarung kaki dan tangan,

Bedung, pampers, barang mandian set bersalin satu pun saya tak beli lagi dan siapkan.

Baju anak – anak saya yang lepas semua saya dah bagi orang sebab ada yang lebih memerlukan so saya bagi lah.

Bulan 8 yang lalu genap perkahwinan kami yang ke-7 tahun.

Mungkin setakat ni sajalah jod0h kami, saya nak pertahankan rasa s4kit.

Dahulu suami pernah curang tapi tak pernah terIanjur dah saya beri peluang ke dua dengan kecurrangan yang suami pernah buat lepas – lepas saya masih ingat sampai sekarang apa tah lagi kecurangan yang suami dah buat sekarang ni.

Mesti saya akan ingat sampai akhir hayat saya, jadi saya ambil keputvsan undur diri.

Mungkin saya derh4ka kerana meminta cerai di waktu sarat hamil namun apakan daya saya tiada kekuatan.

Dipendekkan cerita sekarang saya sudah pun berada di rumah ibu bapa saya

peguam yang urus kan kes saya adalah kakak saud4ra saya dan apa – apa mengenai bayaran abang saya akan tangung semuanya.

Anak – anak buat masa ni semua saya serahkan pada suami.

Hari Sabtu pagi tu jugak saya uruskan semua, keluarga suami dan keluarga saya dapat tahu je perkara ni terus meng4muk besar dan ser4ng suami.

Hal tu sikit pun saya tidak masuk campur biarlah suami selesai kan.

Sekarang saya cuma membawa diri, rehat dan tenang kan fikiran alang – alang due date saya semakin hampir.

Anak – anak saya serahkan pada suami sebab saya nak suami tahu dan rasa menjaga, mengurus, merawat seorang anak sangat – sangatlah tidak mudah apa kan lagi jaga 3, 4 orang anak.

Kental tak kental sajalah hati menjaga mereka.

Bila saya dah bersalin dan habis pant4ng saya rancang nak berkerja.

Selepas ekonomi saya dah utuh dan kukuh baru saya ambik hak jagaan anak – anak sepenuhnya.

Dan untuk anak kelima ni saya akan berikan pada adik saya, adik saya kahwin dah 4 tahun tetapi belum diberi rezeki zuriat lagi.

Barang – barang keperluan baby dan pant4ng adik saya dan isterinya akan beli dan uruskan.

Komen Warganet :

Zue Ninie L : Sedihnya bila baca kesah ni. Saya sekarang dalam proses berpant4ng, baru lepas melahirkan.

Kes macam ini la yang saya takutkan. Kalau perkara ni berlaku pada saya, saya sendiri tak tau apa akan jadi pada saya.

“Ya Allah, kau kuatkan la kami – kami sebagai seorang isteri. Kau berikanlah kebahagiaan pada kami.

Jauhilah kami dari perkara yang boleh mer0sakkan keimanan kami..” Amin.

Kalaivani Krishnasamy : Baca pun dah semacam, berdebar, perasaan bercampur baur.

Macam manalah perasaan akak yang menghadapinya.

Mesti menangis akak tu masa taip ni. Manusia jenis ape suami dia tapi tindakan akak tu tenang sangat.

Kalau saya di tempat akak tu, tak tahulah apa akan jadi. Mungkin dah tak ada dah saya ni.

SaIute kepada keluarga akak. Sekurang – kurangnya ada keluarga di sisi. Saya doakan yang terbaik untuk akak.

Tika Yahya II : Semoga sis kuat saya yang baca ni pun terasa apa suami puan buat tapi kita kena kuat demi anak semoga ada kekuatan dalam diri sis.

Kami doakan sis tabah dengan ujian diberi, Allah sayang, Allah bagi ujian sebab sis kuat itu.

Kifarah itu ada sis apa yang dia buat dekat sis dia akan dapat balik sebijik apa yang dia dah buat.

Bella Huda : Semoga sis terus sabar dengan dug4an Allah. Allah uji sebab sayang. Bertabahlah. Semoga sinar kebahagiaan menjadi milik sis selepas ini amin.

Dan saya doakan buat semua ibu tunggaI di luar sana semoga anda semua bahagia dan diberkati Allah selalu.

Sungguh anda semua wanita – wanita hebat.

Nazuha Alias : Sedihnya kisah sis nih. Tapi kagum dengan kecekalan hati sis. Saya suka bila sis tak gunakan alasan anak untuk beIas kasihan.

Saya puji tindakan sis serahkan anak – anak pada ex untuk dia jaga, biar dia tau macam mana nak jaga anak – anak. Alasan dia bagi memang minta kita jadi pembunvh.

Syabas sis. Saya doakan semoga rahmat Allah selalu dengan sis.

Continue Reading

Trending