Connect with us

Islamik

Amalkan 4 Perkara Ini Di Rumah Untuk Mendidik Anak Dengan Lebih Berkesan

Published

on

Bila mendidik anak, ada ibu bapa akan meletakkan tanggungjawab itu ke bahu guru, dari pra sekolah sampai mereka boleh membaca, dan ada sesetengah ibu telah memulakan pendidikan awal untuk anak-anak dari kecil dengan membeli mainan berbentuk pembelajaran.
Namun ada yang mengatakan mereka telah mencuba, tetapi anak seperti tidak berminat atau cara mereka tidak berkesan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita mendidik anak dengan mudah di rumah? jom kita baca perkongsian Encik Matt ni.

1) Dakwah.

Didik anak2 kita bercakap tentang dakwah. Semua nabi di hantar untuk kerja dakwah, sekarang zaman dimana tiada lagi nabi dihantar untuk buat kerja dakwah. namun kerja dakwah perlu di teruskan, tidak terhenti pada zaman nabi sahaja. Untuk datangkan kebaikan dalam diri kita dan anak2, wujudkan suasana dakwah, jadikan setiap kita DA’I .Salah satu dakwah adalah ajak anak2 solat awal waktu, ajak mereka ke masjid. Ajar anak bercakap perkara-perkara kebaikan. Ajar anak kita untuk dakwah sesama mereka, bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah s,w.t.

“MUDHORAT DAN MANFAAT DATANGNYA DARI ALLAH, SIHAT DAN SAKIT DATANGNYA DARI ALLAH, REZEKI BUKAN DATANG DARI MAK AYAH TETAPI DARI ALLAH”.

2) Ta’lim wal ta’lum (belajar dan mengajar)

Setiap hari ajar anak ilmu agama, baca hadith secara berterusan dalam rumah. Tutup tv, tv HP. Fokus kepada majlis ta’alim. Ayah wajib menuntut ilmu agama. Ilmu untuk betulkan solat, ilmu tauhid , ilmu fiq etc. Apa yang kita dengar dan belajar di masjid, bawa balik ke rumah, ajar anak2 apa yang kita belajar di masjid. Ayah wajib ajar anak isteri solat dengan betul. Luangkan masa untuk ajar dan lihat anak solat dengan betul (Rukun dalam solat) . Muzakarah sifat sifat sahabat nabi s.a.w.

3) Ibadat

Terapkan dalam diri kita dan anak2 perbanyakkan ibadat. Perbanyakkan ZIKIR, perbanyakkan SELAWAT. Bagi masa setiap hari untuk baca Al quran. Sorang alim kata, jika tak mampu untuk baca Al quran, pegang al quran cium, insyallah lepas cium akan rasa nak baca al quran.

Perbanyakan solat2 sunat. Dengan berbanyakkan solat sunat, akan mudah untuk datangkan khusyuk dalam solat fadhu. Solat awal waktu di mana azan dilaungkan. Pesan orang alim untuk wanita, solat awal waktu, dengar azan terus bersedia diatas sejadah. Habis azan terus solat. Solat untuk wanita adalah dirumah.

4. Khidmat.

Didik diri kita dan anak untuk khidmat kepada diri. Tunaikan hak diri kita. MENCEGAH diri dari penyakit , jaga pemakanan, jaga kebersihan diri, memakai pakaian yang kemas, bersih dan cantik. Kadang2 kita lupa untuk khidmat kepada diri sendiri. Hari2 nasihat orang jaga pemakanan yang sihat, sedangkan kita sendiri tidak jaga.

Khidmat untuk mak ayah. Setiap hari atau setiap minggu call mak ayah, Tanya khabar mereka. Kalau boleh barang dapur atau keperluan asas mereka setiap bulan kita sediakan. Pastikan kita tidak susahkan mereka untuk keluar membeli barang2 tesebut. Jika mereka bersama kita, hari2 khidmat untuk mereka. Ajar anak2 kita untuk khidmat kepada atuk mereka. Picit2 badan mereka, layan mak ayah kita lebih dari layan seorang RAJA. Hormat mak ayah kita lebih dari seorang RAJA. Ada waktu lapang didik anak2 kita untuk khidmat bersihkan rumah, bersihkan pakaian , gosok pakaian mereka sendiri. Terapkan dalam diri anak2 kita dengan sifat khidmat, bukan sifat ‘arahan’ . Ceritakan kepada mereka ganjaran ‘khidmat’.

Jika 4 perkara ini wujud di dalam rumah kita, insyallah kemana mereka(anak2) pergi. 4 perkara ini akan sebati dengan mereka. Tidak susah untuk hidupkan agama dalam diri setiap anak kita. Wujudkan terlebih dahulu suasana agama di dalam rumah, matt yakin, Allah s.w.t akan jaga mereka di mana mereka berada.

Moga bermanfaat.

– Encik Matt

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Published

on

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kemat1an kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, mat1nya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mat1. Kita akan mat1 di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mat1. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mat1 dibun0h ketika solat. Saidina Othman, mat1 ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kemat1an yang mereka ukir.

Bukti kemat1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mat1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kemat1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kemat1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kemat1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Continue Reading

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Trending